(Program Selepas UPSR)
Pada 22 Oktober 2010
Hari Jumaat
10.10 pg hingga 12.10 pg
Di dewan Peperiksaan SKTMR2
Oleh En. Zulkpli Yahya dan Pn.Salbiah Lauto
Dalam program selepas UPSR, unit kaunseling juga tidak ketinggalan untuk menyelitkan aktiviti-aktivitinya dalam program tersebut. Dalam slot kaunseling kali ini, unit ini telah mengadakan taklimat disiplin bagi pelajar tahun 6 yang dikendalikan oleh guru kaunseling dan guru disiplin.
SELEPAS TAMAT UPSR, guru-guru SKTMR2, terutama Unit Disiplin dan Unit Kaunseling dibantu oleh Guru Penolong Kanan HEM dan Pentadbiran masih tetap memantau perkembangan pelajar untuk memastikan disiplin mereka sentiasa berada dalam keadaan baik, tekal dan konsisten..
SELEPAS TAMAT UPSR, guru-guru SKTMR2, terutama Unit Disiplin dan Unit Kaunseling dibantu oleh Guru Penolong Kanan HEM dan Pentadbiran masih tetap memantau perkembangan pelajar untuk memastikan disiplin mereka sentiasa berada dalam keadaan baik, tekal dan konsisten..
Pelajar -pelajar SKTMR2 sentiasa diingatkan agar menjaga disiplin dan peraturan sekolah. Setakat ini ianya masih terkawal.
Di harapkan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku akibat tindakan pelajar di luar kawalan.
Pelajar sentiasa diingatkan agar menjaga tingkah laku, tutur kata dan mengikut peraturan sekolah.
Pelajar juga ditegur agar berpakaian kemas dan berambut pendek, memakai name tag dan lencana sekolah ..
Banyak program telah dianjurkan selepas UPSR daripada panitia Matematik, Unit Sukan dan Permainan, B.Malaysia, Unit Kaunseling, Kajian Tempatan dan lain-lain. Diharapkan semua pelajar peka dengan program-program yang dianjurkan serta mendapat manfaat daripada program tersebut. Oleh itu pelajar disarankan agar tidak melepaskan peluang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan .
No comments:
Post a Comment