Tuesday, December 28, 2010

Tahniah

Ucapan tahniah dan pernghargaan kepada seluruh warga SKTMR2 yang diketua oleh Pn Zainab bt.Abu Bakar (Guru Besar) yang telah berjaya meraih  pencapaian berikut:

  • Anugerah Cemerlang UPSR Daerah Johor Bahru Tahun 2010  (Peningkatan Peratus Cemerlang) .
  •  Anugerah Cemerlang UPSR Daerah Johor Bahru 2010 (melepasi ETR Peratus menguasai Kategori Luar Bandar).
  • Anugerah Cemerlang UPSR Daerah Johor Bahru Tahun 2010 (Melepasi ETR Peratus Cemerlang Tertinggi Kategori Luar Bandar.
Semoga kejayaan yang diraih oleh sekolah ini memberi perangsang kepada semua warga sekolah untuk meningkatkan  usaha  melaksanakan tanggungjawab demi untuk mendidik anak2 bangsa  secara berterusan.

Sunday, November 21, 2010

Jamuan Pengawas

Salam Ukhuwwah.


Pengawas juga merupakan tulang belakang sekolah yang membantu guru-guru terutama dalam menguatkuasakan peraturan sekolah.



Mereka biasanya dipilih berdasarkan sahsiah, akhlak dan ketrampilan yang baik dan cemerlang. Selain itu, pengawas juga di pilih dari kalangan pelajar-pelajar yang mempunyai kokurikulum dan akademik yang cemerlang.

 Pn Sabariah (Ketua guru Pengawas) dan
  En Zul (Ketua Guru Disiplin) bergambar  dengan sebahagian Pengawas..
 Pada minggu lepas, pengawas2 sekolah ini sempat diraikan dalam satu majlis jamuan akhir tahun yang dihadiri oleh guru besar, semua penolong2 kanan dan AJK guru Disiplin bertempat De'Tropika UTM, Skudai, J.Bahru.


 Pengawas-pengawas ini terdiri daripada murid tahun 3 hingga 6. Jumlah pengawas yang paling ramai adalah murid tahun 6.Syukur Alhamdulillah, julungkali mereka dapat diraikan di luar di dalam majlis Jamuan Akhir Tahun.
 Penyampaian sijil dan cenderahati juga turut disampaikan kepada semua pengawas.Penyampaian tersebut disempurnakan oleh  Guru besar, GPK Hem dan GPK Kokurikulum.

 Antara AJK Unit DISIPLIN yang terdiri dari guru-guru di sekolah ini..
 Selain daripada Guru Besar, Guru Disiplin juga mengucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengawas kerana mereka telah dapat menjalankan tugas di sekolah dengan cemerlang.
AJK unit Disiplin yang sempat bersama-sama di dalam majlis tersebut.. 
 Pn Sabariah (Ketua guru Pengawas) dan
  En Zul (Ketua Guru Disiplin) bergambar  dengan sebahagian Pengawas..

Wednesday, November 10, 2010

Pameran dan Ceramah Anti Dadah


Pada : 10 Nov 2010
HARI: Rabu.
Masa 9.00 pagi hingga 12.40 tengah hari
Penceramah : En. FahrulRazi B. Mohd Kosni,
(Pegawai Agensi Dadah Kebangsaan Daerah, Johor Bahru).

Pameran bermula pada 9.30 di dewan terbuka.
 
Info mengenai dadah : Dadah merupakan musuh negara yang utama. Dadah  berupaya menghancurkan kehidupan seseorang jika ketagih . Kesihatan penagih  terjejas  menyebabkan  tidak waras. Sanggup melakukan apa jua untuk membeli dadah . Penyalahgunaannya  juga turut menyumbang kepada gejala dan penyakit sosial yang lain seperti jenayah .  

 
Penagih dadah akan melakukan apa sahaja semata-mata untuk mendapatkan wang untuk mendapatkan bekalan . Pekongsian jarum antara para penagih meningkatkan peyebaran penyakit HIV dan AIDS lebih cepat.

Gambar-gambar penagih dan hukuman yang dikenakan...
bertujuan untuk memberi kesedaran akan bahaya dadah kepada murid-murid..
 Murid-murid sedang membaca maklumat-maklumat dadah yang tertera dalam poster tersebut...


  Pencegahan awal seperti penerangan  yang berkesan  kepada generasi muda merupakan salah  satu elemen penting  dalam usaha mengurangkan statistik penyalahgunaan dadah di masa hadapan .
Jenis-jenis dadah yang dipamerkan ..
Dadah asli dan dadah tiruan..

     Murid-murid dapat melihat bentuk-bentuk dadah , 
ada cecair ,  ada yang serbuk dan pil yang telah diproses...

 Di dewan pula......
Penerangan lebih lanjut ..
Murid-murid tahun 5 dan 6  mendengar ceramah daripada pagawai Agensi Anti Dadah. Mereka juga dapat menonton beberapa visual mengenai kisah-kisah penagih dadah, hukuman sebatan dan lain-lain lagi...

Pegawai  Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Johor Bahru yang bertugas:
En.Fahrulrazi Bin  Mohd Kosni  dan  En. Mohd Esa Bin Deri.

 Banyak lagi maklumat yang disampaikan mengenai penyalahgunaan dadah..

Agensi Antidadah Kebangsaan  selaku agensi utama dalam usaha membanteras dan memerangi musuh negara nombor satu ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada pelbagai pihak bagi menjayakan misi negara bebas dadah.

Tuesday, November 9, 2010

Melangkah Ke Tingkatan satu.

Program Ceramah
Tarikh: 8 November, 2010
Hari : Isnin
Tempat : Dewan Peperiksaan SKTMR2.
Oleh Pn Salbiah Lauto..
Masa:  10.10 pg hingga 12.40 tengah hari..

 Pn. Zakiah..selaku Penyelaras tahun 6,
menyampaikan taklimat terlebih dahulu sebelum ceramah disampaikan..


Salam..

Kepada semua pelajar  tahun 6.
Syukur Alhamdulilah, dengan limpah dan kurniaNya dapat kita bersama dalam majlis ilmu dalam program ceramah Melangkah Ke Tingkatan 1..

Tinggal beberapa hari lagi semua pelajar akan menamatkan persekolahan di SKTMR2..

Pelajar-pelajar yang dikasihi ..

Mungkin semua sudah mengetahui tentang maklumat penting ini.Keputusan UPSR, akan diumumkan pada hari Khamis 11 November seperti yang telah diketahui melalui media massa. Keputusan ini merupakan penanda aras bagi pelajar apabila melangkah ke tingkatan satu. Walaubagaimanapun , Sekiranya keputusan itu tidak memihak kepada kamu, jangan bersedih hati, bukan rezki . Ini hanya langkah permulaan sebagai satu pengalaman.

Bagi pelajar yang berjaya , tentunya  merasa gembira dan  sudah tentu kamu akan berkongsi kegembiraan dengan keluarga dan guru-guru . Kejayaan yang bermakna ini adalah hasil usaha sendiri dan bukanlah diraih secara kebetulan  .

Pada minggu terakhir persekolahan, pelajar akan mendapat surat tawaran ke Tingkatan Satu. Pelajar dinasihatkan agar peka akan surat tawaran tersebut. Rujuk pada surat,  tarikh pendaftaran, dokumen-dokumen  yang perlu disediakan, yuran , buku2 yang perlu dibeli dan lain-lain .

Kepada semua pelajar diucapkan selamat melangkah ke tingkatan satu,  Suasana pembelajaran di Sekolah menengah tentunya berbeza dengan sekolah rendah. Justeru,  diharapkan semua akan  cepat  membiasakan dan menyesuaikan diri dengan suasana sekolah  dan kawan-kawan baru.

Tuesday, November 2, 2010

Pertandingan Esei Tahun 6 Genius


Pada  minggu peperiksaan tahun 1 hingga 5,  27 oktober 2010 yang lalu , Pelajar tahun 6 yang tidak terlibat dalam  peperiksaan  telah meneruskan  program selepas UPSR . Mereka  hanya mengikuti  peperiksaan elektif sahaja. Pelajar-pelajar 6 Genius telah mengambil bahagian dalam pertandingan esei yang bertajuk 'Aku, Cita-cita dan Harapan'.



Kepada murid-murid  yang berjaya diucapkan syabas dan tahniah dan yang belum dapat rezki tu diharapkan tidak berputus asa untuk  mencuba lagi di masa-masa akan datang.
Pemenangnya  :

1.            Nurul Syazana Binti Sahrom 6G
2.            Shaimbra bt.Jamil Ahmad 6G
3.            Intan Batrisya binti Zaid 6G

Sagu hati:
1.            Mohd Haziq Fitri B.Hisham 6G
2.            Farah Syahadah abINTI Amrin 6G
3.            Almas Artika bt.Jamil Ahmad 6G

Berikut disiarkan  esei pemenang tempat pertama iaitu adik Nurul Syazana Binti Sahrom 6 Genius.

TAJUK : AKU CITA-CITA DAN HARAPAN 

Namaku aku ialah Nurul Syazana. Aku tinggal di Perumahan lima kedai, Gelang Patah, Johor. Umurku 12 tahun. Bapaku bekerja sebagai pelukis plan di Mutiara Rini. Bapaku bekerja keras untuk mencari rezki yang halal. Ibuku tidak bekerja tetapi menjadi  suri rumah tangga.  Adik beradikku ada dua orang sahaja. Aku anak pertama  .

Sebelum peperiksaan aku selalu berdoa agar aku boleh menjawab soalan UPSR kerana aku ingin  mencapai cita-cita  yang aku impikan selama ini. Setiap malam aku membaca buku dan mengulangkaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh.

Kini  aku baru sahaja habis menduduki peperiksaan UPSR. Aku sangat gembira kerana telah  selesai menjalaninya. Selepas UPSR, kami masih perlu belajar kerana ada lagi  peperiksaan elektif  yang perlu ditempuh  iaitu peperiksaan Sivik, Pendidikan Agama, Kemahiran Hidup , kajian Tempatan dan Pendidikan Seni Visual.

Cita-citaku ingin menjadi seorang doktor yang berjaya. Aku ingin buktikan kepada kedua orang tuaku yang aku boleh mencapai cita-cita  tersebut. Demi untuk mencapainya, aku berkorban masa dan tenaga  dengan  belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang baik.
Seorang doktor boleh menyelamatkan nyawa dan membantu  merawatkan pesakit. Walau pun cita-citaku terlampau susah untuk dicapai , Banyak rintangan yang aku akan tempuh, namun aku tak akan mudah berputus asa.

Harapan aku ialah agar dapat keputusan UPSR yang baik. Aku selalu berdoa supaya aku mendapat 5A dalam UPSR . 

Aku akan terus belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan cemerlang di masa akan datang. Semoga cita-cita dan impianku akan tercapai pada suatu hari nanti.

Monday, November 1, 2010

Taklimat Disiplin Pelajar Tahun 6

(Program  Selepas UPSR)
Pada 22 Oktober 2010
Hari Jumaat
10.10 pg hingga 12.10 pg
Di dewan Peperiksaan SKTMR2
Oleh En. Zulkpli Yahya dan Pn.Salbiah Lauto
Dalam program selepas UPSR, unit kaunseling juga tidak ketinggalan untuk menyelitkan aktiviti-aktivitinya  dalam program tersebut. Dalam slot kaunseling kali ini, unit ini telah mengadakan taklimat disiplin bagi pelajar tahun 6  yang dikendalikan oleh guru kaunseling dan  guru disiplin.

SELEPAS TAMAT UPSR,  guru-guru SKTMR2, terutama Unit Disiplin dan Unit Kaunseling dibantu oleh Guru Penolong Kanan HEM dan Pentadbiran  masih tetap  memantau perkembangan pelajar   untuk memastikan  disiplin mereka sentiasa berada dalam keadaan baik,  tekal dan konsisten..

Pelajar -pelajar SKTMR2  sentiasa diingatkan agar  menjaga disiplin dan peraturan sekolah.  Setakat ini ianya masih terkawal.


Di harapkan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku akibat tindakan pelajar di luar kawalan.
Pelajar sentiasa diingatkan agar menjaga tingkah laku, tutur kata dan  mengikut peraturan sekolah.


Pelajar juga ditegur agar berpakaian kemas dan berambut pendek, memakai name tag dan lencana sekolah ..

Banyak program telah dianjurkan selepas UPSR daripada panitia Matematik, Unit Sukan dan Permainan, B.Malaysia, Unit Kaunseling, Kajian Tempatan dan lain-lain. Diharapkan semua pelajar  peka dengan program-program yang dianjurkan serta mendapat manfaat daripada program tersebut. Oleh itu pelajar disarankan agar tidak melepaskan peluang   mengambil bahagian dalam setiap  aktiviti yang dijalankan .

Friday, October 29, 2010

Remaja Aset Masa Hadapan Negara

(Program ceramah  Selepas UPSR)
Pada 15 Oktober 2010
Hari Jumaat
10.30 pg hingga 12.00 pg
Di dewan Peperiksaan SKTMR2
Penceramah  disampaikan oleh: En Saharan Yahya
SK Komplek UdaBandar Baru Uda, Johor Bahru.
Membincangkan tentang hala tuju murid2 di sekolah dan selepas tamat sekolah...
Sekolah rendah berperanan mencungkil bakat dan minat setiap individu.  Mereka dilihat  bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga kokurikulum.

Sekolah menengah terus menjadi medium untuk membentuk kerjaya pelajar. Sekiranya anak-anak cenderung ke arah kerjaya profesional seperti engineer, doktor, saintis mereka juga boleh memilih  sekolah dan aliran sains dan teknik yang menekankan kemahiran tentang  asas-asas ilmu  sebagai persediaan kepada bidang  kerjaya mereka.


Pelajar/ Remaja yang lebih sukakan kemahiran, boleh memilih  sekolah teknik dan vokasional khas pada awalnya kerana mereka berpeluang belajar tentang kemahiran dan bagaimana mereka boleh pergi jauh dengan kemahiran mereka itu sebagai persediaan awal.


Dengan pendidikan yang lebih spesifik ini, anak2 tahu hala tuju masihg2 di sekolah menengah dan bukannya menunggu semasa di universiti.

Medium universiti pula membolehkan anak2 melanjutkan kemahiran dan teori yang telah dipelajari semasa di sekolah menengah untuk melayakkan mendapat pengiktirafan. Dengan cara ini proses pembelajaran lebih berterusan insyaAllah.

Anak2 yang ditempatkan mengikut spesifik minat, akademik dan kelayakan di sekolah seterusnya di kolej dan universiti membantu  menggilap dan mencungkil potensi besar dari awal untuk melahirkan pelbagai lapisan masyarakat yang berkemahiran tinggi satu hari nanti.

Anak2 remaja adalah generasi penerus yang berperanan penting dalam perjuangan bangsa dan negara pada masa hadapan. Zaman remaja adalah masa muda dalam kehidupan yang penuh dengan tenaga, harapan dan semangat. Adalah penting anak2 mengisi dada dengan ilmu  dan pengetahuan kerana kamu adalah tunggak harapan dan aset  negara di masa hadapan.

Monday, October 25, 2010

Isu-isu Remaja Perempuan dan Cabarannya.

 (Program Selepas UPSR)
Pada 15 Oktober 2010
Hari Jumaat
8.00 pg hingga 9.50 pg
Di dewan Peperiksaan SKTMR2
Oleh Pn. Salbiah Bt. Lauto
Isu remaja perempuan dan cabarannya..Mengupas tentang :
-Siapa Remaja


-Haid dan penjagaannya
-Nasihat untuk para remaja perempuan
-Kesedaran tentang menjauhi : zina & sumbang mahram

Juga menyentuh tentang: 
cerita2 teladan

-Rumah - rumah perlindungan untuk remaja terlanjur.
-Kes pembuangan bayi yang tidak berdosa.

Friday, October 15, 2010

Pendidikan dan Pencegahan Dadah

Program Selepas UPSR (PSU)
Pada : Hari Jumaat yang lalu, 8 Oktober. 
Tempat : Bilik PPSMI.
oleh Pn Salbiah lauto
(Guru Kaunseling dan Guru Pendidikan Pencegahan Dadah SKTMR2 )
Ikrar anti dadah...
Bahawasanya kami rakyat Malaysia..
berikrar untuk menjauhkan diri
dari dadah, pada setiap masa, dengan.......

-Memenuhi masa lapang dengan kerja-kerja berfaedah.
-Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berguna dan berfungsi kepada masyarakat.
-Menjadi rakyat berilmu, berakhlak mulia dan mengamalkan cara hidup sihat dan cergas.
-Menyediakan diri untuk mengisi keperluan wawasan dan..
-Membantu segala usaha bagi membebaskan negara Malaysia dari ancaman dadah..

.....Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental @ emosi) serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan.Akibat daripada kesan tersebut individu akan terus bergantung keadanya menyebabkan ketagihan..........
 Pergantungan fizikal terhadap dadah.....
Keadaan badan penagih yang memerlukan dadah untuk menjalani proses fisiologi yang biasa dan jika penggunaan dadah diberhentikan akan menimbulkan gejala tarikan....

Pergantungan psikik/mental/jiwa...
gian atau desakan mengambil dadah secara berterusan bagi mengelak gejala tarikan......

 ...kesan pengambilan dadah secara suntikan..
-Meningitis (penyakit jangkitan otak)
-Tetanus (penyakit kancing gigi )
-Endokarditis (penyakit jangkitan Jantung)
-Aids,Hepatitis B,C dan D
-Bisul,kudis,kurap dan pelbagai penyakit kulit...

 ....
 ....Kesan pengambilan dadah melalui mulut.....
-kerosakan paru-paru dan hati..
-kerosakan sistem penghadaman
-kerosakan buah pinggang.
-otot mengecut menyebabkan badan lesu dan tidak bermaya.. 
-berat badan menurun..

Tanda-tanda penagihan boleh dilihat melalui perubahan rupa,kelakuan,corak pergaulan..contoh:
Daripada riang,rajin bercakap kepada pendiam,kecelaruan fikiran.
Daripada cergas, sihat kepada uzur dan kurang bermaya.
Daripada segak,yakin dan tabah kepada tertekan dan suka berputus asa.
Daripada suka menolong,memberi tumpuan kepada tidak pedulikan orang,lalai,tidak boleh harap
Daripada gembira dan optimistik kepada rungsing dan pesimistik.