(Program ceramah Selepas UPSR)
Pada 15 Oktober 2010
Hari Jumaat
10.30 pg hingga 12.00 pg
Di dewan Peperiksaan SKTMR2
Penceramah disampaikan oleh: En Saharan Yahya
SK Komplek UdaBandar Baru Uda, Johor Bahru.
Membincangkan tentang hala tuju murid2 di sekolah dan selepas tamat sekolah...
Sekolah rendah berperanan mencungkil bakat dan minat setiap individu. Mereka dilihat bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga kokurikulum.
Sekolah menengah terus menjadi medium untuk membentuk kerjaya pelajar. Sekiranya anak-anak cenderung ke arah kerjaya profesional seperti engineer, doktor, saintis mereka juga boleh memilih sekolah dan aliran sains dan teknik yang menekankan kemahiran tentang asas-asas ilmu sebagai persediaan kepada bidang kerjaya mereka.
Pelajar/ Remaja yang lebih sukakan kemahiran, boleh memilih sekolah teknik dan vokasional khas pada awalnya kerana mereka berpeluang belajar tentang kemahiran dan bagaimana mereka boleh pergi jauh dengan kemahiran mereka itu sebagai persediaan awal.
Dengan pendidikan yang lebih spesifik ini, anak2 tahu hala tuju masihg2 di sekolah menengah dan bukannya menunggu semasa di universiti.
Medium universiti pula membolehkan anak2 melanjutkan kemahiran dan teori yang telah dipelajari semasa di sekolah menengah untuk melayakkan mendapat pengiktirafan. Dengan cara ini proses pembelajaran lebih berterusan insyaAllah.
Medium universiti pula membolehkan anak2 melanjutkan kemahiran dan teori yang telah dipelajari semasa di sekolah menengah untuk melayakkan mendapat pengiktirafan. Dengan cara ini proses pembelajaran lebih berterusan insyaAllah.
Anak2 yang ditempatkan mengikut spesifik minat, akademik dan kelayakan di sekolah seterusnya di kolej dan universiti membantu menggilap dan mencungkil potensi besar dari awal untuk melahirkan pelbagai lapisan masyarakat yang berkemahiran tinggi satu hari nanti.
No comments:
Post a Comment