Tuesday, June 26, 2012

Remaja.

Remaja merupakan golongan yang mendominasikan jumlah penduduk Malaysia. Menjelang 2020 bilangannya akan meningkat kepada 20 juta. Oleh itu, belia adalah aset yang berharga kepada negara kerana mereka juga menjadi tulang belakang negara di masa akan datang .

Ibnu Khaldun pernah mengatakan, jika ingin melihat masa depan sesebuah negara maka lihatlah anak mudanya pada hari ini. Oleh itu golongan ini perlu menghiasi diri dengan ilmu yang kukuh, keimanan ampuh, dan misi utuh. Ketiga-tiga ini merupakan komponen penting bagi memperkukuhkan peribadi kumpulan ini seterusnya menjadi aset negara baik dari segi sosial, agama, bangsa dan negara.


Sunday, June 24, 2012

Syaaban..

Assalamualaikum..


Perjalanan masa terasa pantas dan kita kini semakin hampir Bulan Ramadan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Namun sebelum Ramadan kita melintasi Bulan Syaaban


Syaaban juga memiliki keistimewaan kerana kehadirannya memberi kesempatan dan peluang untuk memperbaiki  diri sebelum menjelang Bulan Ramadan. Syaaban telah melakar sejarah yang tersendiri. Jika Rejab mencatatkan sejarah Israk Mikraj. Syaaban pula mempunyai peristiwa iaitu pertukaran arah kiblat ketika permulaan kewajipan solat dan malam Nisfu Syaaban. 

Sabda Rasul SWAdaripada Abu Hurairah "Allah SWT mengamati makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban seterusnya mengampunkan mereka kecuali yang syirik dan melakukan permusuhan" (Hadis riwayat Ibnu Majah). Oleh itu antara Ibadat yang diberi keutamaan baginda  ialah berpuasa sunat, solat tahajud, solat taubah terutama pada 15 terakhir Syaaban.


Disamping itu ikatan silaturahim dipertingkatkan dan mengelak daripada permusuhan.


Syaaban adalah bulan tarbiyah untuk mendidik jiwa melakukan ibadah dengan penuh ketaatan dan keikhlasan. Firman Allah bermaksud: "Dan hendaklah kamu memohon keampunan kepada Tuhanmu dan hendaklah kembali taat pada-Nya supaya kamu mendapat nikmat dan rahmat di dunia dan akhirat' (Surah Hud, ayat 3)


Kekuatan yang dijana pada Bulan Syaaban melahirkan jiwa yang tenang dan ikhlas mempunyai  kesan positif dalam ibadat kita di bulan Ramadan. Insya-Allah.


p/s : Nota  ini adalah  peringatan diri sendiri dan dikongsikan untuk para pembaca. Sekian..