Saturday, January 28, 2012

Teknik Menghilangkan Stress


  • Solat 5 waktu .
  • Ambil wudu'
  • Banyakkan membaca Al-Quran dan hayati maknanya
  • Banyakkan makan buah-buahan contohnya buah limau  yang banyak vitamin c
  • Kurankan makan daging merah. Amalkan daging putih
  • Amalkan teknik urutan
  • Mandi (air suam) Amalkan menggunakan aroma terapi seperti bau-bauan yang wangi ketika mandi.
  • Ceritakan masalah anda kepada rakan yang boleh dipercayai.
  • Tengok binatang peliharaan contohnya ikan.
  • Menangis salah satu cara mengurangkan tekanan. Sebaik-baiknya solat tahajud.
  • kurangkan makanan yang ada perasa tiruan
  • Amalkan teknik ‘physical relaxation’.
  • Tengok pemandangan sekeliling. Lihat tumbuhan hijau.
  • Dengar ceramah-ceramah agama
  • Buka tingkap benarkan cahaya matahari dan udara bersih masuk ke bilik.
  • Minum air kosong dengan banyak. Sebaik-baiknya 1-2 L @ 3-4 L sehari.
  • Hubungi @ telefon ibu dan ayah. Bercakap dengan mereka.
  • Dengar muzik contohnya nasyid .
  • Imbas kembali kenangan-kenangan manis.contohnya melihat barang-barang yang disayangi atau berharga dan mempunyai sejarah tersendiri.
  • Banyakkan berdoa.Maafkan semua orang.

Friday, January 27, 2012

Majlis persaraan

 Asalamualaikum..
Sedikit liputan majlis persaraan Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum..
 Sebelum ketibaan beliau, murid-murid, guru-guru dan para tetamu  
telah menunggu di hadapan sekolah..
Bunga manggar, sirih junjung, tepak sireh di sediakan.
Kompang dipalukan
dan silat dipersembahkan..
 
Tepak sirih telah setia menanti..
sedikit simbolik ...
Sirih pulang ke gagang..
Setelah lama berkhidmat di merata-rata tempat,
tiba masanya memulakan kehidupan baru 
bersama keluarga di desa permai....
bersalam-salaman dengan Guru Besar 
dan tetamu yang telah menunggu ..
beliau dan isteri..
dijemput untuk mengambil sirih..
 sebelum melalui kapet merah..
maka bergemalah paluan kompang
dan persembahan silat oleh murid-murid sekolah ini..
 memeriksa barisan badan beruniform..
Pengakap, Tunas Puteri, Puteri Islam
Selesai memeriksa barisan beruniform
beliau ke dewan terbuka..
untuk acara seterusnya..
Inilah pelamin yang disediakan..
 Diberi penghormatan untuk menaiki tahta singgahsana
sambil diperdengarkan biodata beliau kepada hadirin yang datang..
 memberikan amanat terakhir kepada warga sekolah ini
dan juga tetamu..terharu..
"Untuk menjadi seorang pemimpin, mesti ada kesabaran dan komitmen...." itulah antara pesanan beliau.
 Memotong kek...
 Sedikit persembahan untuk memeriahkan majlis..
 penyampaian cenderahati...
selepas itu, 
jamuan..
kemudian murid-murid bersalam-salaman dengan beliau...
 Akhir sekali, pulang dengan kereta ini...

Wednesday, January 25, 2012

Dia Menjadi Penentu..

Tentulah memang  baik bagi kita mengatur perancangan hidup  kita  tapi redakanlah Dia menjadi penentu..... Dia  menghapuskan sesuatu  yang tidak sesuai dan menggantikan dengan rencana-NYA yang lebih indah ...


Kerana Dia yang  tahu apa yang terbaik untuk kita dan memberi apa yang kita perlukan ...InsyaALLAH..

Mendapatkan ilmu..

Oleh: Hj Ahmad Yassin

Tuesday, January 24, 2012

Andainya..

Andainya keburukan dan kekurangan
yang dicari dalam diri seseorang
maka amat susah
untuk kita melihat kebaikan dalam dirinya...

Tetapi jika kita sedia
menerima kekurangan itu..
sudah pasti kita akan terlihat..
ada sesuatu kebaikan dan keistimewaan 
pada dirinya sebagai rakan kita..

Kekurangan diredai dan kelebihan disyukuri..

Kita bukannya hakim yg bijaksana
untuk meletakkan sesuatu kesilapan 
apatah lagi untuk menghukum seseorang..

Kita sebenarnya sama ..
sebagai insan..
tidak pernah terlepas melakukan kesilapan..
Oleh itu, anggaplah sesuatu kesilapan itu..
adalah pengajaran untuk memperbaiki diri 
di masa-masa akan datang..
 

Friday, January 20, 2012

Kelebihan dan Kekurangan..

Assalamualaikum

Setiap orang memiliki kekurangan dan kelebihan.
Oleh itu berikanlah kelebihan kita
 untuk menutupi kekurangan orang lain..

Mudah-mudahan dengan kebaikan ini..
kita sentiasa berlapang dada..

kita pun tidak tahu bila pula kita  susah..
mungkin keikhlasan kita pada hari semalam
akan memudahkan urusan kita pada hari berikutnya..
Insya-Allah

Thursday, January 19, 2012

kelebihan berzikir

Assalamualaikum..

Banyak kelebihan berzikir, antaranya

Hilangkan penyakit hati spt hasad dengki dan iri hati.
Menjauhkan diri dari syaitan

Menghidupkan hati
Memberi ketenangan jiwa
Murah rezeki, 
memberi nur pada wajah .
Menghilangkan dukacita hati
Mudah-mudahan terhapuslah dukacita di hati

Oleh itu, mari kita meluangkan masa berzikir. 

Wednesday, January 18, 2012

Belajar

 Belajar DIAM daripada banyak BICARA ★
★ Belajar SABAR daripada sebuah KEMARAHAN ★

★ Belajar KESUSAHAN daripada hidup SENANG ★
★ Belajar MENANGIS daripada suatu KEBAHAGIAAN ★

★ Belajar IKHLAS daripada KEPEDIHAN ★
★ Belajar TAQWA daripada KEALPAAN ★

★ Belajar TAWAKKAL daripada UJIAN ★

★ Belajar REDHA daripada satu KETENTUAN ★

Tuesday, January 17, 2012

Petua anak nakal..

Assalamualaikum

kongsi ilmu mengubati anak nakal dan malas ;
Bangun ketika azan subuh,teruskan berwuduk 
dan menunaikan solat sunat ,
selepas itu bacalah surah AL FATIHAH sebanyak 21 kali
 di hadapan sebotol air minuman yang dibuka penutupnya.
,berdoa pd ALLAH dan minta apa yg dihajatkan
 dgn menyebut nama penuh mereka.
selepas itu teruskan utk solat subuh.
sekiranya kehabisan air 
maka ulangi langkah yg sama cuma bacaan ALFATIHAH
 di tambah sebanyak 41 kali bg ulangan ke 2 dan 70 kali utk pengulangan ke 3.

Petua dari HJ Ahmad Yassin

Kategori kawan..

Assalamualaikum 

Kita  sedia maklum bahawa  kita  mempunyai ramai kawan...
Kawan-kawan kita boleh dikategorikan kepada 6 jenis:


Mencari kita masa kita senang sahaja.
Mencari kita masa kita susah sahaja.
Mencari kita masa dia senang sahaja.
Mencari kita masa dia susah sahaja.
Mencari kita masa kita susah atau senang.
Mencari kita masa dia susah atau senang.

Oleh itu berhati-hatilah apabila berkawan,
Kawan yang baik adalah kawan yang  sentiasa mahu bersama
kita ketika susah dan senang.
Sering mengajak kita kepada kebaikan. 

Monday, January 16, 2012

Bacaan untuk anak kita.

Assalamualaikum
Untuk anak-anak yang degil untuk bersolat..
iktiar kita dengan mengamalkan surah berikut...
Baca doa ini  tiga kali 
terutama pada anak-anak sedang tidur ..

Sunday, January 15, 2012

Insan kerdil

Assalamualaikum.


Manusia adalah insan kerdil yg cenderung melakukan kesilapan.
Manusia juga adalah insan lemah yang terkadang alpa ..


Oleh itu..
Kita memerlukan  rakan-rakan yang boleh memberikan menasihati .. 
kita  perlu berdamping  dengan rakan-rakan yang boleh
memberi teguran positif  ke arah kebaikan..

Komunikasi yang baik ..
bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim
menyuburkan semangat  tolong menolong dengan rakan-rakan..
malah menjadikan hidup kita lebih ceria dan bermakna.

Saturday, January 14, 2012

Kita adalah HambaNya..

Assalamualaikum..

Pernahkah anak2 merasa kecewa dan hampa kerana hajat tidak kesampaian...

Adakah anak2 terus-terusan menangis mengenang nasib yang tidak sebaik orang atau mahu mengambil jalan singkat yang tidak relevan...


Tidak dapat dinafikan, Kita memang merasa sedih  apabila didakap  kekecewaan dan kehampaan. Namun usahlah terbawa-bawa sehingga  perasaan itu mengganggu emosi dek terus-terusan melayaninya .....


Jangan terlalu taksub memikirkan perkara tersebut, atau terlalu taksub memikirkan tentang kelemahan diri..Lupakan kesedihan.


Seterusnya mulakan langkah baru. Aturlah perancangan. Tentunya kehidupan hari esok bermula pada hari ini. Kekuatan dan perancangan  hari ini menentukan kegembiraan hari2 yang akan dilalui..

Persediaan kita : Ambil tanggung jawab untuk menambah ilmu di dada, cari pengalaman sebagai persediaan untuk menempuh hari-hari mendatang...


Kita adalah hambaNya..bermakna perancangan juga banyak bergantung kepada-Nya. Tentu Ada hikmahnya jika perancangan kita tidak menjadi kenyataan. Sebagainya hambanya ..sumber doa merupakan  kekuatan untuk menempuh hari mendatang dengan cemerlang......Insya-Allah

Wednesday, January 11, 2012

Program Tahun 1 Dengan Guru Kaunseling

Pada Hari Selasa 10 Jan 2012, Program Tahun 1 bersama guru kaunseling telah diadakan. Program ini berlangsung  selama 1 jam  memuatkan  sedikit perkongian mengenai persediaan minda ketika  melangkah ke Tahun 1 yang merangkumi beberapa item seperti tersebut :
  • Berkenalan dengan guru kaunseling
  • Bidang  guru kaunseling
  • Asas-asas disiplin yang perlu dipatuhi
  • Peraturan-peraturan sekolah.
  • Sedikit tentang subjek yang dipelajari.
Permulaan pertemuan : Mengucapkan selamat datang 
kepada murid-murid Tahun 1
Berkenalan dengan guru kaunseling
Sedikit penerangan tentang asas-asas disiplin  dan peraturan  sekolah

Murid-murid juga diberi penerangan ringkas tentang subjek-subjek yang dipelajari
Sesi temuramah dengan murid-murid Tahun 1
Murid-murid juga menjalani aktiviti menyanyi    
supaya mereka tidak rasa jemu  sepanjang pertemuan tersebut.

Saturday, January 7, 2012

Hadiah Terbaik

Assalamualaikum..


Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah 'doa' .

Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah 'kemaafan' .

Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah 'kasih sayang' .
Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah 'al-Fatihah' .
Hadiah terbaik untuk ibubapa adalah 'kebaktian' .
Hadiah terbaik untuk isteri adalah 'penghargaan' .
Hadiah terbaik untuk suami adalah 'kesetiaan' .
Hadiah terbaik untuk anak adalah 'pendidikan' .
Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah 'kejujuran' .
Hadiah terbaik untuk Rasulullah s.a.w. adalah 'selawat' .
Hadiah terbaik untuk Allah s.w.t. adalah 'ketaqwaan'    

Renung-renungkan... selamat beramal

Monday, January 2, 2012

kita..

Assalamualaikum.


Adakalanya kita perlu menangis..
agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa..
Adakalanya kita ketawa.. 
agar kita mengerti betapa mahalnya nilai air mata..

Adakalanya  hati  disakiti 
 itu tandanya kita perlu  belajar  mengenal  erti tabah..
Adakalanya diri tidak diperdulikan.. 
 itu tandanya kita perlu belajar  berdikari..

Adakalanya  kita  dijatuhkan.. 
 itu tandanya kita perlu terus bangun ..
Adakalanya  kehidupan yang dilalui agak keras  
itu tandanya kita perlu belajar mengenal 
  erti tabah dan tawakal  

Siapa kita, dari mana kita.. 
dan ke mana kita selepas ini 
semua datang daripadaNya..
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012...

Sunday, January 1, 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru..

Assalamualaikum teman-teman dan anak-anak...

Selamat Tahun Baru..
Moga kehidupan 2012 menjadi lebih baik daripada hari2 semalamnya..
Didoakan agar segala impian yang ingin dicapai 
akan menjadi kenyataan yg menggembirakan 
di masa akan datang..ameen.