Wednesday, December 16, 2009

selamat Menyambut Awal Muharram

Tags Maker is a Text Image Generator to write Messages, Comments or Tags on Pictures

Tuesday, December 15, 2009

I Am Confused

What will I be when I grow up?
A doctor?
To treat patients,
A teacher?
to guide students,
A scientist?
To investigate things,
A detective?
To solve mysteries,
Free Pics Angel Pictures Photo Sharing
  A veterinarian?
To treat the animals,
An astronaut?
To travel and explore the outer space,
An archaeologist?
To investigate about ancient times,
An authoress?
To write interesting books
Free Pics Angel Pictures Photo Sharing
Well,What about now?
A student for now,
To study hard and achieve..
one of the goals in my life!


Cr to Ashnira A/P Kesavan
SK Tmn Universiti 1,J. Bahru.

Sunday, December 13, 2009

Aktiviti cuti

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak-anak kita
semasa musim cuti sekolah:- 


Days Images Free Pics Days Pictures
  • Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, jogging, berkebun, mengajar memasak dan bertukang kayu.
  • Melancong dan melawat tempat-tempat yang menarik di seluruh negara bersama anak-anak. Kalau anda kurang mampu, bawalah anak-anak berkelah ditepi pantai atau taman rekreasi.
  • Menonton bersama anak-anak. Apabila menonton televisyen bersama, bincang dengan anak-anak rancangan yang ditonton serta iklan-iklan yang disiarkan.
  • Makan bersama semua ahli keluarga. Ahli-ahli keluarga berpeluang menjalinkan kemesraan pada waktu makan.
  • Pergi perpustakaan awam yang berhampiran tempat anda, bawalah anak-anak ke sana dan tanamkan tabiat membaca.
  • Kalau anda mempunyai kemudahan internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama anak-anak.
  • Menggalakkan anak-anak menghadiri aktiviti-aktiviti sihat seperti kelas bela diri, sukan dan permainan, kembara dan lawatan,kelas-kelas bercorak agama dan motivasi.
  • Bersolat berjamaah bersama-sama.


Tuesday, November 24, 2009

ucapan ..


SELAMAT BERCUTI
KEPADA SEMUA
GURU2 SKTMR2


Post istimewa daripada cikgu Zaiha dan cikgu Zakiah
sebelum bercuti..


Hari terakhir persekolahan....
En Halim (GPK Koku) sempat menyampaikan
sedikit pesanan di hari tersebut..


happy holiday


Saturday, November 21, 2009

Selamat Bercuti

kepada semua pelajar2 thn 6 diucapkan selamat bercuti dan selamat melangkah ke tg 1.

Tak lupa juga kepada pelajar2 thn 6 yg sempat mengunjungi bilik kaunseling semalam, ingatan ikhlas daripada cikgu agar cuti ini dpt dimanfaatkan dgn baik dan menggembirakan.

kump 1 6g
m esyazwan, iqmal eman, m sharul izzad, amirul osman, norhafidz abd malik, helmi norisham, nasrullah ngatemen, amyrul nizam shah, puteri ainaa, nurhazira, nurul fatin najihah

kump2 6g
che nurkamaliah, nur syazlyn, siti hawa, nur ain najiha

kump3 6e
saleha azman , shazlien adenan, safi aqila, faezah jalaludin, nurhidayah kamarudin, azzleen puteri, nurhazira halmi



murid2 thn 6, 2009



dari kiri Pn sal, Uztazah Roziana, Pn Deepa, En Mohamad ,
Ustazah Rosmarina (duduk)


Pelajar2 thn 6, 2009


Kepada rakan2 sejawat yg dapat bertukar ke ng2 lain
diucapkan selamat menempuh kehidupan yg lebih ceria .
Jauh di mata dekat di hati....


Dari kiri Pn Normah (ke selangor) , Ustazah Rosmarina (ke P.Pinang),
Pn Faezah, Pn Sal,
Cik Hasmidar (Ke sabah)



Thursday, November 19, 2009

Taklimat Pengurusan Stres

Taklimat Pengurusan Stres
Guru Bimbingan Kaunseling SK dan SMK, J.Bahru.


TARIKH : 19 November 2009 (Khamis)
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 4.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SK ANGKATAN TENTERA , J.BAHRU.
ANJURAN:PPD, J.BAHRU

Dirasmikan oleh:TUAN HJ AHMAD TAUFIK BIN HAMZAH
Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan


Penceramah 1: Tuan HJ Ahmad Yassin Hj Lauto
(GBK, SMK Taman U)
Penceramah 2: Pn Hjh Rohana (GBK ,SMK Taman U)
Penceramah 3: En.Saiful (Pengerusi B & K , SK)







Wednesday, November 18, 2009

Ceramah Disiplin Diri


Unit Kaunseling dengan Kerjasama Unit HEM menganjurkan ceramah "Disiplin Diri'


Tarikh : 17 November 2009
Masa : 10.10 pg hingga 12.40 Tgh hari.
Hari : Selasa
Tempat: Dewan SKTMR2
Sasaran: 105 orang murid thn 5
Ceramah disampaikan oleh: Pn Norhashimah bt.Zubir
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SKTMR2.

Friday, November 13, 2009

Ceramah : Persediaan Melangkah Ke Tingkatan 1

En NorHisham b.Muhammad (guru disiplin SMK Mutiara Rini)


Unit Kaunseling dengan Kerjasama Guru-guru thn 6 menganjurkan ceramah "Persediaan Melangkah Ke Tingkatan 1.


Tarikh: 13 November 2009
Masa : 10.00 pg hingga 11.40 pg
Hari : Jumaat
Tempat: Dewan SKTMR2
Sasaran: 110 orang murid thn 6
Ceramah disampaikan oleh: En Norhisham b.Muhammad
Guru Disiplin SMK Mutiara Rini.




Pelajar-pelajar tahun 6 sedang mendengar ceramah





Sebahagian daripada guru-guru tahun 6 yang sempat mengikuti ceramah

Ceramah: Cabaran Alam Remaja

Pelajar-pelajar tahun 6, SKTMR2


Pn Salbiah Lauto, Guru Kaunseling SKTMR2



Unit Kaunseling dengan Kerjasama Guru-guru thn 6 menganjurkan ceramah "Cabaran Alam Remaja" .


Tarikh: 13 November 2009
Masa : 8.20 pg hingga 9.20 pg
Hari : Jumaat
Tempat: Dewan SKTMR2
Sasaran: 110 orang murid thn 6
Disampaikan oleh: Pn Salbiah Lauto
Guru Bimbingan SK Mutiara Rini2.

Info : Asas Laluan Kerjaya


Info Asas laluan kerjaya: diadakan pada:


4 Nov 2009 Rabu
7.20-8.20 pagi
di Pentas Terbuka, SKTMR2
Sasaran :Tahun 6 2009 (110 murid)


Disampaikan oleh : Pn Salbiah Lauto
Guru bimbingan dan kaunseling SKTMR2

Johan Pengurusan Dan Pengimarahan Surau Peringkat Negeri Johor

Ingin berkongsi kegembiraan dengan semua warga SKTMR2, yang diketuai Pn Zainab Abu Bakar (Guru Besar) , Guru2 Penolong Kanan, Pn Rahmah Yassin (Mantan GPK HEM), Panitia Agama, Semua guru dan kakitangan sekolah serta pelajar2 yg begitu komited untuk menaik taraf surau SKTMR2 sehingga berjaya mendapat anugerah Johan Pengurusan dan Pengimarahan Surau Peringkat Negeri Johor .


Hadiah Penghargaan (Johan) : Melancong ke Cameron Highlands (3 hari) dan
hadiah iringan wang tunai RM3 000.00...terima kasih..


tahniah kepada semua...


warga SKTMR2 sedang membaca Yasin di surau


Laluan ke surau


Align Center
Pandangan hadapan surau.

Monday, November 9, 2009

Murid Tahap 1


Murid-murid tahap 1 sedang berhimpun di dataran perhimpunan selepas rehat.

Sunday, November 8, 2009

Taklimat Data L4 : UNIT B & K



Taklimat Pelaporan Data L4
Unit Bimbingan & Kaunseling
SK Rendah Daerah johor Bahru


Telah diadakan pada:
5 November 2009 Khamis
1.30 tgh - 5.00 ptg
bilik Muzik SMK Taman Sutera, Johor Bahru
sasaran: guru2 kaunseling SK, Daerah Johor Bahru.


Taklimat disampaikan oleh En.Tauhfik b. Hamzah
Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan.

Saturday, November 7, 2009

Perjumpaan Ibu bapa Thn 1, 2010

Program Tahun 1

Perjumpaan ibu bapa dan
ujian diagnostik tahun 1, 2010 telah diadakan pada:

7 November 2009 , Sabtu
Pada 8.30 hingga 1.00 tengah hari.
Di dewan SKTMR2 (Sesi Pertama) dan
Bilik Muzik SKTMR2 (Sesi kedua)

Sasaran: Ibu bapa dan murid2 tahun 1,2010


Ucapan Pn Zainab Abu Bakar, Guru Besar SKTMR2.
antara ucapan beliau..terimalah sebuah gurindam....
Alangkah sukarnya menjadi guru...
bagai mengepal pasir..
bagai menangkap belut di air..
bagai mengira anak ayam...
bagai mencari jarum di dalam rumput..
bagai memujuk anak dara yang cantik..

Ucapan Pn Hajah Hashimah, GPK Hem (yg baru berpindah)


Pendaftaran murid tahun 1, 2010


Sebahagian daripada guru-guru yang bertugas yg sempat dirakamkan.


Ibu bapa tahun 1, 2010 sedang mendengar taklimat di Dewan Sk Tmn Mutiara Rini 2.

Friday, November 6, 2009

Berbuat Baik..

Kepada murid2 sekelian..


Di sini ada sepotong ayat Quran yang dikirim oleh seseorang
(bloger) untuk tatapan dan penghayatan kita bersama..




"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah,
pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka
bila mana di dalamnya ada kebaikan.


Sesungguhnya Tuhanmu ,
Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan
Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk"


[Surah An-Nahl : 125]


Pengajaran daripada ayat tersebut
untuk kita semua..


Berpesan2 ke arah kebaikan ya ....


Tegur menegur tak salahkan...
asalkan teguran itu membina dan
tidak menyakitkan..


Buatlah sesuatu perkara yg bermanfaat
dan yang berfaedah..


Ingat2kan kawan2 kalau mereka buat sesuatu
yg di luar norma dan di luar kawalan...


Hidup ini memang sentiasa sama2 ingat mengingat..


Allah sentiasa mengetahui apa yg kita lakukan..


p/s: Terimakasih kepada pengirim ...
yang menghadiahkan ayat ini kpd kita semua..

Wednesday, November 4, 2009

Jasamu Dikenang...


Sempena Majlis perpisahan bersama Pn.Rahmah (GPK HEM), satu sesi fotografi telah diadakan pada hari Isnin 4 November 2009.



Bergambar kenangan bersama kakitangan pejabat
Pn Rahmah : yg duduk di hadapan, no 2 dari kiri



Dari kiri yg duduk: Pn Huzaimah, Pn Salbiah A.Bakar, En.Mohamad(GPK 1), Pn.Zainab (GB), Pn Rahmah (GPK HEM) yg berpindah, En Halim (GPK KOKU), Pn Salbiah Lauto (guru Bimbingan), Pn Norizan


Pelukan mesra bersama Pn Syarifah (guru tahun 1)
guru lain jangan jeles ya..


Pn Rahmah bersama Guru Besar



Gurindam ini Khas untuk Pn Rahmah..
Hadiah daripada GB
....terimalah...


Apa yang ........


dijahit.. menjadi baju..
ditanam.. cepat tumbuh...
disiram.. basah..
dijemur.. kering..
dibakar.. hangus..
ditiup.. terbang..


ditawar.. menjadi murah..
dijual ..cepat dibeli..
dikait.. jatuh..
dijerat.. mengena..
diubat.. sembuh..
dikerat.. putus..
dipikat.. dapat..
diangkat.. naik..


Tuan umpama geliga sakti
Apa yang diminta semua menjadi..
*********


Puan..
betapa istimewanya kamu di sisi kami..
kami, warga mutiara rini 2..


tapi..
kamu yg disayang..
melangkah jua pergi ..
demi tugas yg menanti di sana..


terima kasih semuanya..


kamu tetap dalam ingatan kami...





Tuesday, November 3, 2009

Bacaan Yasin (Program Selepas UPSR)

Pada setiap hari Jumaat, Pelajar tahun 6 akan sama-sama berada di surau antara 7.20 hingga 8.20 untuk mengikuti bacaan yasin dan tazkirah .Hadir sama dalam program tersebut ialah guru-guru tahun 6, guru2 agama tahun 6 dan guru bimbingan dan kaunseling.

murid-murid membaca yasin di surau



Ustaz Hafiz sedang menulis sesuatu di atas meja di surau.
Beliau mengetuai bacaan yasin tahun 6.

Persembahan thn 6 (Program Selepas UPSR)

Program selepas UPSR:
Persembahan tahun 6 yg diadakan di pentas terbuka.


Penonton terdiri daripada murid2 tahun 6 sedang menyaksikan kawan2
mereka bereaksi di atas pentas.



Menyanyi dengan penuh perasaan...

Wah..sempat duduk lagi..

murid2 ini mempersembahkan sebuah tarian ...


p/s: Tahniahlah diucapkan kepada tahun 6 yg begitu sporting ketika membuat persembahan di atas pentas sehinggakan tak kering gusi melihat telatah mereka.

Thursday, October 22, 2009

Kursus Komputer

SKTMR 2 telah menganjurkan kursus komputer kepada semua guru.




Guru2 sedang menjalankan bengkel di makmal komputer.




Guru-guru sedang mendengar taklimat yg disampaikan oleh penceramah






Kursus ini diadakan di bilik makmal, SKTMR2
pada hari Khamis, 22 okt
antara jam 1.00 hingga 3.00 ptg.
Kehadiran:wajib.

Seminar Mengatasi Masalah Sosial Kanak2

Satu seminar akan diadakan pada ketetapan berikut:


Tarikh: 24 Oktober / Sabtu
Masa: 8,30- 1.30 tgh hari
Tempat:Paderosa Golf Resort
Pandan, Johor Bahru,
Anjuran:PPD
Sasaran: Guru2 Kauanseling SMK & SK


ATURCARA
Ceramah 1:Masalah Sosial dan Perana Masyarakat Dalam Menanganinya
oleh: Pengarah Bahagian Kanak2,JKM,K.Lumpur.


Ceramah2:Tanggungjawab Pengawai Akhlak
oleh: Pengarah JKM,Negeri Johor.


Ceramah3:Jenayah Kanak2
Oleh: Ketua Polis Johor.

Program Selepas UPSR-Program 5mt6

Pd hari Rabu / 21 oktober:


Perjumpaan guru kaunseling bersama pelajar tahun 6 dlm program 5mt6
mengingatkan pelajar tentang:


- Kepentingan menyimpan dokumen2 peribadi murid seperti 001, sijil2, sijil2 peperiksaan, sijil berhenti dan lain2 keperluan untuk kegunaan pendaftaran di sekolah menengah.


- Menyedari tentang perkara2 & tingkahlaku yg boleh menyebabkan dan mendatangkan kemudaratan di sekolah sekiranya kurang peka dan tidak berhati2.

Friday, October 16, 2009

Bilik Kaunseling SKTMR2

bilik kaunseling

bilik kaunseling kelompok

meja tulis guru bimbingan


bilik kaunseling individu

meja tulis


Papan kenyataan..



ps sekiranya guru2 kaunseling melawat blog ni...sudi2lah memberikan sedikit info dan cerita kaunseling untuk dikongsi bersama...mudahan bermanfaat...

Thursday, October 15, 2009

Program Selepas UPSR-Menyediakan Sandwich

Pada 15 Okt Murid-murid tahun 6 berpeluang mengikuti satu lagi program selepas UPSR iaitu menyediakan sandwich.

Program ini diketuai oleh Pn Salbiah Abu Bakar dan murid-murid tahun 6 dibahagikan kepada beberapa kumpulan.


Pn Salbiah Abu Bakar memberikan sedikit taklimat kepada pelajar-pelajar sebelum aktiviti dijalankan.


Aktiviti membuat sndwich dijalankan di Pentas terbuka dan program ini dapat dijalankan dengan lancar.

Mesyuarat Disiplin

Pada hari Rabu, 14 Oktober Mesyuarat Disiplin telah diadakan di Bilik Kesihatan. GPK HEM telah mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Agenda yg disentuh ialah mengenai pelantikan pengawas dan ponteng sekolah. Di samping itu, Pn Salbiah Lauto juga membentangkan laporan kaunseling berkaitan dengan disiplin iaitu akt kaunseling yg boleh membantu meningkatkan disiplin murid.

Tahniah kepada En Zupkpli sebagai Penyelaras dan Guru disiplin yg membantu menggerakkan disiplin sekolah dan begitu juga dengan Ajk disiplin ,Pn sabariah, Pn Zakiah, Pn Salbiah, En Rosman, En Norhafizah dan En Zaki..mereka semua bertungkus lumus meningkatkan prestasi kecemerlangan disiplin sekolah.

Aktiviti kaunseling : Program Selepas UPSR


Pada hari rabu 14 okt, waktu pagi selepas perhimpunan diadakan program bersama tahun 6 (5mt6) di dataran perhimpunan. Ceramah disampaikan oleh Pn Salbiah Lauto, Guru bimbingan dan Kaunseling, SKTMR2.

Murid-murid tahun 6 telah bersedia di tapak perhimpunan sebelum program dijalankan

Mulanya, Pn Salbiah membentangkan laporan pemerhatian sepanjang minggu itu. mengingatkan dan menasihatkan murid-murid tentang tingkahlaku2 yg tak berapa sedap dilihat oleh pelajar tahun 6 sepanjang minggu selepas UPSR.



Kemudian membincangkan kepada murid tentang aktiviti-aktiviti masa lapang yg membantu murid untuk mengisi masa.Pesanan kepada murid supaya tidak melakukan perkara2 yg boleh merbahayakan diri .


pelajar-pelajar lain turut berada di tapak perhimpunan

Alhamdulilah..tahniah kepada semua guru2 thn 6, guru disiplin, guru bimbingan dn kaunseling, Hem dan pihak pentdbir kerana sepanjang masa ini, selepas habis UPSR..murid2 tahun 6 menunjukkan disiplin yg baik dan terkawal. tidak ada salahlaku disiplin yg serius.

Setelah selesai ceramah , aktiviti seterusnya Program Selepas UPSR, taklimat persediaan program esok iaitu program menyediakan makanan . Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulannya dan mereka membincangkan tentang program hari khamis menyediakan makanan : sandwich.





.