Tuesday, January 18, 2011

Kursus Pendedahan Linus

Kursus Pembangunan Staf
Tajuk yang disampaikan : Pendedahan Program Linus 
Diadakan pada 12 Jan 2011
Hari Rabu.
Masa : 1.00 tengah hari
Tempat: Makmal Komputer SKTMR2.
Sasaran: semua guru SKTMR2
Penyampai : Cikgu Wan Norazwan  dan Cikgu Asilawati

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua guru tentang Program LINUS  (Program  Saringan Literasi dan Numerasi )  di sekolah.

Bagi memastikan semua kanak-kanak normal menguasai literasi dan numerasi sebelum melangkah ke Tahap II, Kementerian Pelajaran menerusi Bidang Keberkesanan Utama Nasional (NKRA) melaksanakan satu inisiatif  di sekolah yang dikenali sebagai Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS). 

 

Friday, January 14, 2011

Orientasi Tahun 1

Slot guru kaunseling  bersama murid-murid tahun 1 diteruskan pada 13 Jan 2011, hari Khamis. Selama satu jam . Kali ini memperkenalkan kepada murid tahun 1 tentang mata pelajaran, bagaimana memahami jadual waktu, huruf ringkas mata pelajaran yang digunakan dalam jadual waktu   dan guru-gurunya mata pelajaran.

Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). 

Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan  yang lebih berkualiti sejajar dengan masa kini.

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.

Sunday, January 9, 2011

Program Transisi Tahun 1

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu. Program ini dilaksanakan dua minggu.

   Kita semua tahu Kanak-kanak datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan, oleh itu mereka berpeluang untuk berinteraksi bagi menyesuaikan diri dalam pesekitaran baru. 

   Program transisi melibatkan semua guru-guru Tahun Satu .Pelbagai aktiviti telah dirancang telah pun disediakan bagi membantu pelajar-pelajar tahun satu ini dalam kelas.

   Aktiviti juga diteruskan bersama guru kaunseling pada 6 Jan 2011 pada hari khamis Jam 10.40 hingga 11.40 pagi. Perjumpaan selama 1 jam ini membantu murid-murid tahun satu untuk mengenali dan mengetahui sedikit sebanyak tentang tatacara datang sekolah, ucapan-ucapan bertatasusila, Sedikit menyentuh tentang peraturan sekolah, Mengenali tempat2 menarik di sekolah seperti kantin, bilik guru,dewan dan lain serta tatacara masuk ke tempat-tempat tersebut.

    Diharapkan program transisi yang dijalankan membantu murid-murid tahun satu; 
  • Menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
  • Menyelaraskan keperluan kognitif, emosi dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses P & P secara formal.
  • Meningkatkan minat dan semangat dan ceria selalu .
  • Memudahkan mereka berinteraksi kerana murid-murid Tahun Satu datang dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza .