Pada minggu peperiksaan tahun 1 hingga 5, 27 oktober 2010 yang lalu , Pelajar tahun 6 yang tidak terlibat dalam peperiksaan telah meneruskan program selepas UPSR . Mereka hanya mengikuti peperiksaan elektif sahaja. Pelajar-pelajar 6 Genius telah mengambil bahagian dalam pertandingan esei yang bertajuk 'Aku, Cita-cita dan Harapan'.
Kepada murid-murid yang berjaya diucapkan syabas dan tahniah dan yang belum dapat rezki tu diharapkan tidak berputus asa untuk mencuba lagi di masa-masa akan datang.
Pemenangnya :
1. Nurul Syazana Binti Sahrom 6G
2. Shaimbra bt.Jamil Ahmad 6G
3. Intan Batrisya binti Zaid 6G
Sagu hati:
1. Mohd Haziq Fitri B.Hisham 6G
2. Farah Syahadah abINTI Amrin 6G
3. Almas Artika bt.Jamil Ahmad 6G
Berikut disiarkan esei pemenang tempat pertama iaitu adik Nurul Syazana Binti Sahrom 6 Genius.
TAJUK : AKU CITA-CITA DAN HARAPAN
Namaku aku ialah Nurul Syazana. Aku tinggal di Perumahan lima kedai, Gelang Patah, Johor. Umurku 12 tahun. Bapaku bekerja sebagai pelukis plan di Mutiara Rini. Bapaku bekerja keras untuk mencari rezki yang halal. Ibuku tidak bekerja tetapi menjadi suri rumah tangga. Adik beradikku ada dua orang sahaja. Aku anak pertama .
Sebelum peperiksaan aku selalu berdoa agar aku boleh menjawab soalan UPSR kerana aku ingin mencapai cita-cita yang aku impikan selama ini. Setiap malam aku membaca buku dan mengulangkaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh.
Kini aku baru sahaja habis menduduki peperiksaan UPSR. Aku sangat gembira kerana telah selesai menjalaninya. Selepas UPSR, kami masih perlu belajar kerana ada lagi peperiksaan elektif yang perlu ditempuh iaitu peperiksaan Sivik, Pendidikan Agama, Kemahiran Hidup , kajian Tempatan dan Pendidikan Seni Visual.
Cita-citaku ingin menjadi seorang doktor yang berjaya. Aku ingin buktikan kepada kedua orang tuaku yang aku boleh mencapai cita-cita tersebut. Demi untuk mencapainya, aku berkorban masa dan tenaga dengan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang baik.
Seorang doktor boleh menyelamatkan nyawa dan membantu merawatkan pesakit. Walau pun cita-citaku terlampau susah untuk dicapai , Banyak rintangan yang aku akan tempuh, namun aku tak akan mudah berputus asa.
Harapan aku ialah agar dapat keputusan UPSR yang baik. Aku selalu berdoa supaya aku mendapat 5A dalam UPSR .
Aku akan terus belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan cemerlang di masa akan datang. Semoga cita-cita dan impianku akan tercapai pada suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment