Sunday, January 24, 2010

Program OrentasiTahun 1


Program Orentasi Murid-murid Tahun 1
Pada 7 Jan 2010
Bertempat di dewan Peperiksaan SKTMR2



Murid-murid tahun 1 sedang mendengar taklimat..
ehhhh comel-comel...



     Pn Hashimah bt Zubir (GPK HEM)
sedang memperkatakan sesuatu


GPK HEM sedang menyampaikan taklimat kepada murid tahun 1..


Pn Norasyikin, Guru Bahasa Malaysia tahun 1 Efektif

Pn Norfaezah...guru Bahasa Inggeris tahun 1

En. Rahman guru B.Malaysia tahun satu Prograsif, SKTMR2

Pn Anizan, guru Bahasa Malaysia tahun 1

Sunday, January 17, 2010

Program Keibubapaan

Program : Ramah Mesra dan Ceramah Ibubapa
Tarikh    : 16 Jan 2010
Masa     : 8.00pg-12.30pg
Tempat : Dewan Peperiksaan SKTMR2


Anjuran:SK Mutiara Rini2 (SKTMR2) di bawah Unit Kaunseling 
dengan kerjasama guru2 tahun 6


sekitar rakaman majlis tersebut.


 

 Pn Zainab bt. Hj Abu Bakar , Guru Besar SKTMR2 menyampaikan amanat dalam majlis tersebut.






Dalam ucapan, beliau juga menyatakan antara program tahun 6 dan usaha-usaha yang akan dijalankan untuk membantu murid-murid untuk mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah.





Gambar di atas: Majlis diteruskan dengan sesi dalog bersama ibubapa.


 

En Hasni Sulaiman,YDP PIBG (kiri) dan
En Mohamad Rahim,GPK 1 SKTMR2 (Kanan)





 En Hasni YDP PIBG dan En Mohamad GPK 1juga sedang tekun mendengar ucapan





Gambar atas: sebahagian daripada guru-guru tahun 6 yang berada di dalam dewan yang sempat dirakam.


 


Gambar di atas: Ibu bapa yang sedang tekun
mengikuti ceramah keibubapaan


Gambar di bawah: Tuan Hj Saifullizan B Suparman, Pengerusi Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Kebangsaan, Daerah Johor Bahru selaku Penceramah jemputan di majlis itu.



  Ibubapa bersama anak-anak mereka.


 
 

Sunday, January 3, 2010

Berbelanja Menjelang Persekolahan

Hari persekolahan sudah hampir tiba. Anak-anak kita tentunya telah bersedia untuk kembali ke sekolah.


Bagi ibubapa yang belum pun membeli kesemua peralatan sekolah, masih ada masa lagi untuk berbuat demikian di dalam minggu ini.


Elakkan dari membudayakan sikap boros dan membazir. 


Tidak semua keperluan sekolah perlu dibeli baru. Pakaian, beg sekolah dan alat-alat tulis lama yang masih boleh digunakan tidak perlu dibeli baru. Tidak semestinya membelikan buku-buku teks yang baru untuk anak-anak, sekiranya tidak mendapat bantuan buku teks. Buku-buku teks terpakai anak-anak jiran atau saudara mara yang akan melangkah ke kelas yang lebih tinggi boleh digunakan.



Tentunya ibubapa tidak terlalu ghairah berbelanja sehingga mengabaikan amalan menjadi pengguna yang bijak.Oleh itu bagi mereka yang suka berbelanja di saat akhir, beberapa panduan ini boleh membantu anda:


  • Senaraikan barangan yang hendak dibeli mengikut keperluan.

  • Buat perbandingan harga, mutu, khidmat selepas jualan, dan sebagainya.

  • Jangan mudah terpengaruh dengan iklan.

  • Utamakan pembelian barangan buatan Malaysia.

  • Amalkan sikap tawar-menawar.

  • Beli ikut keperluan bukan ikut perasaan.

  • Elakkan dari berhutang.

  • Elakkan pembaziran.

Sebagai ibubapa sememangnya kita mengutamakan pembelian keperluan persekolahan anak2.Namun
Berbelanjalah dengan penuh bijaksana agar  pembaziran tidak berlaku .Pastikanlah keperluan yang dibeli itu benar2 akan digunakan.


SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.