Thursday, April 26, 2012

Program Karisma (kursus kepimpinan)

Program Karisma (Kursus Kepimpinan) telah diadakan pada Hari Sabtu, 21 April yang lalu.
Antara tujuan kursus kepimpinan diadakan:
-Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan progresif
-Meningkatkan kemahiran memimpin dan berkomunikasi berkesan
-Pengukuhan sikap positif
Permulaan bicara, kata-kata alu-aluan daripada GPK HEM
Pesanan guru kaunseling :
Pengawas perlu berusaha meningkatkan kualiti akademik
selain itu, mereka perlu menjalankan tugas
dengan toleransi dan bertanggungjawab
  berusaha untuk menjadi model kepada pelajar lain.
serta meningkatkan mutu disiplin sekolah.
 Seterusnya bacaan ikrar daripada Pengawas-pengawas dan ketua darjah
 taklimat disiplin daripada guru disiplin
 En Mohd. Shahran meneruskan ceramah kepimpinan
Aktiviti kumpulan (LDK) di bawah kelolaan Cik Hafiza Kasan

Saturday, April 21, 2012

Belajar Sambil Melawat.

Pada 18 April, murid-murid Tahun 6, berpeluang mengikuti Program Belajar Sambil Melawat di SMKA Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor.
 Sampai di sana, kami terus ke dewan terlebih dahulu untuk mendengar taklimat.

 Guru Kaunseling di SMKA memberikan penerangan tentang pencapaian sekolah,
 kelayakan yang diperlukan  untuk menyambung pelajaran di sekolah tersebut
serta memberikan informasi tentang program-program yang dijalankan

 Kami juga disambut dengan mesra oleh pelajar-pelajar 
 Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)  Tingkatan 4 yang juga bertindak 
menjadi pembimbing  kepada murid-murid Tahun 6 yang mengikuti lawatan ini.
 Melawat ke perpustakaan sekolah
 Persekitaran sekolah yang ceria dan menghijau..
 Bilik kaunseling yang banyak maklumat....
 Perpustakaan yang cantik dan kemas
  Memuatkan pelbagai buku..sangat kemas
 Dewan makan yang cantik dan bersih
 Sempat menjalankan sedikit aktiviti sebelum pulang..
Terima kasih kepada warga sekolah ..
Pulang dengan membawa maklumat  supaya dapat
 meningkatkan motivasi belajar...
Mengharapkan agar ada pelajar-pelajar kami yang berminat dan 
dapat melanjutkan pelajaran di  sana pada tahun 2013..Amin..