Friday, October 29, 2010

Remaja Aset Masa Hadapan Negara

(Program ceramah  Selepas UPSR)
Pada 15 Oktober 2010
Hari Jumaat
10.30 pg hingga 12.00 pg
Di dewan Peperiksaan SKTMR2
Penceramah  disampaikan oleh: En Saharan Yahya
SK Komplek UdaBandar Baru Uda, Johor Bahru.
Membincangkan tentang hala tuju murid2 di sekolah dan selepas tamat sekolah...
Sekolah rendah berperanan mencungkil bakat dan minat setiap individu.  Mereka dilihat  bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga kokurikulum.

Sekolah menengah terus menjadi medium untuk membentuk kerjaya pelajar. Sekiranya anak-anak cenderung ke arah kerjaya profesional seperti engineer, doktor, saintis mereka juga boleh memilih  sekolah dan aliran sains dan teknik yang menekankan kemahiran tentang  asas-asas ilmu  sebagai persediaan kepada bidang  kerjaya mereka.


Pelajar/ Remaja yang lebih sukakan kemahiran, boleh memilih  sekolah teknik dan vokasional khas pada awalnya kerana mereka berpeluang belajar tentang kemahiran dan bagaimana mereka boleh pergi jauh dengan kemahiran mereka itu sebagai persediaan awal.


Dengan pendidikan yang lebih spesifik ini, anak2 tahu hala tuju masihg2 di sekolah menengah dan bukannya menunggu semasa di universiti.

Medium universiti pula membolehkan anak2 melanjutkan kemahiran dan teori yang telah dipelajari semasa di sekolah menengah untuk melayakkan mendapat pengiktirafan. Dengan cara ini proses pembelajaran lebih berterusan insyaAllah.

Anak2 yang ditempatkan mengikut spesifik minat, akademik dan kelayakan di sekolah seterusnya di kolej dan universiti membantu  menggilap dan mencungkil potensi besar dari awal untuk melahirkan pelbagai lapisan masyarakat yang berkemahiran tinggi satu hari nanti.

Anak2 remaja adalah generasi penerus yang berperanan penting dalam perjuangan bangsa dan negara pada masa hadapan. Zaman remaja adalah masa muda dalam kehidupan yang penuh dengan tenaga, harapan dan semangat. Adalah penting anak2 mengisi dada dengan ilmu  dan pengetahuan kerana kamu adalah tunggak harapan dan aset  negara di masa hadapan.

Monday, October 25, 2010

Isu-isu Remaja Perempuan dan Cabarannya.

 (Program Selepas UPSR)
Pada 15 Oktober 2010
Hari Jumaat
8.00 pg hingga 9.50 pg
Di dewan Peperiksaan SKTMR2
Oleh Pn. Salbiah Bt. Lauto
Isu remaja perempuan dan cabarannya..Mengupas tentang :
-Siapa Remaja


-Haid dan penjagaannya
-Nasihat untuk para remaja perempuan
-Kesedaran tentang menjauhi : zina & sumbang mahram

Juga menyentuh tentang: 
cerita2 teladan

-Rumah - rumah perlindungan untuk remaja terlanjur.
-Kes pembuangan bayi yang tidak berdosa.

Friday, October 15, 2010

Pendidikan dan Pencegahan Dadah

Program Selepas UPSR (PSU)
Pada : Hari Jumaat yang lalu, 8 Oktober. 
Tempat : Bilik PPSMI.
oleh Pn Salbiah lauto
(Guru Kaunseling dan Guru Pendidikan Pencegahan Dadah SKTMR2 )
Ikrar anti dadah...
Bahawasanya kami rakyat Malaysia..
berikrar untuk menjauhkan diri
dari dadah, pada setiap masa, dengan.......

-Memenuhi masa lapang dengan kerja-kerja berfaedah.
-Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berguna dan berfungsi kepada masyarakat.
-Menjadi rakyat berilmu, berakhlak mulia dan mengamalkan cara hidup sihat dan cergas.
-Menyediakan diri untuk mengisi keperluan wawasan dan..
-Membantu segala usaha bagi membebaskan negara Malaysia dari ancaman dadah..

.....Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental @ emosi) serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan.Akibat daripada kesan tersebut individu akan terus bergantung keadanya menyebabkan ketagihan..........
 Pergantungan fizikal terhadap dadah.....
Keadaan badan penagih yang memerlukan dadah untuk menjalani proses fisiologi yang biasa dan jika penggunaan dadah diberhentikan akan menimbulkan gejala tarikan....

Pergantungan psikik/mental/jiwa...
gian atau desakan mengambil dadah secara berterusan bagi mengelak gejala tarikan......

 ...kesan pengambilan dadah secara suntikan..
-Meningitis (penyakit jangkitan otak)
-Tetanus (penyakit kancing gigi )
-Endokarditis (penyakit jangkitan Jantung)
-Aids,Hepatitis B,C dan D
-Bisul,kudis,kurap dan pelbagai penyakit kulit...

 ....
 ....Kesan pengambilan dadah melalui mulut.....
-kerosakan paru-paru dan hati..
-kerosakan sistem penghadaman
-kerosakan buah pinggang.
-otot mengecut menyebabkan badan lesu dan tidak bermaya.. 
-berat badan menurun..

Tanda-tanda penagihan boleh dilihat melalui perubahan rupa,kelakuan,corak pergaulan..contoh:
Daripada riang,rajin bercakap kepada pendiam,kecelaruan fikiran.
Daripada cergas, sihat kepada uzur dan kurang bermaya.
Daripada segak,yakin dan tabah kepada tertekan dan suka berputus asa.
Daripada suka menolong,memberi tumpuan kepada tidak pedulikan orang,lalai,tidak boleh harap
Daripada gembira dan optimistik kepada rungsing dan pesimistik.

Thursday, October 7, 2010

Program Gemilang :Pra UPSR

Program Gemilang Pra UPSR telah diadakan di SKTMR2 bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mempelajari teknik2 dan membiasakan diri dengan soalan berfomatkan UPSR .

Program ini diadakan selama beberapa hari di SK Taman Mutiara Rini 2 seperti tarikh berikut
  • 22 Julai 2010 - Matematik : En Fuad b. Ithnin  (SK Sikijang ,Gelang patah)
  • 30 Julai 2010 -Teknik Belajar Berkesan : Hj Ahmad Yassin Lauto  ( SMK Taman Universiti)
  • 31 Julai 2010 - B.Malaysia : Pn. Salina Sharif  ( Sk Taman Sri Pulai)
  • 31 Julai 2010 - Sains : En. Zulkiflee B. Miswan (SK Taman Tampoi Utama)
  • 7 Ogos 2010 - B.Inggeris : Puan Irene Rachael ( Sk Taman Tun Aminah 2)

Puan Irene Rachael ( B.Inggeris)

Pn Salina Sharif : Bahasa Melayu

Hj Ahmad yassin Hj Lauto : Teknik Belajar Berkesan..

En Zulkiflee Miswan (Sains)


En Fuad Ithnin (Matematik)