Tuesday, December 11, 2012

Mari membaca Al Fatihah

Assalamualaikum..

Mari kita memulakan tugas harian kita dengan bacaan Al-Fatihah
 ditujukan  untuk ibubapa dan diri sendiri..
dengan berkatnya..
moga rezki tak putus-putus..
moga sentiasa mendapat rahmat dan hidayah-Nya..
amin..

Sunday, December 9, 2012

Petua Senang Hati..

Assalamualaikum

Sunday, September 9, 2012

Berfikiran baik

Assalamualaikum..
Moga kita semua dirahmati Allah..
renungan bersama..
Berfikir perkara-perkara baik..
akan membuatkan kita sentiasa positif
pemikiran yang kurang sihat..
kita benamkan jauh-jauh..
moga hilang rasa stress..

Tuesday, September 4, 2012

Fitrah manusia..

Assalamualaikum..

Fitrah manusia..
 adakalanya sering lupa dan lalai..
saling ingat mengingat dan nasihat menasihati
membantu untuk  menyedari diri yang alpa..


Saturday, September 1, 2012

Teguran Membina....

Assalamualaikum..
Semoga dalam rahmatNya..
kalau ada yang ikhlas mahu memberi 
teguran membina, memberi nasihat dan bimbingan  kepada kita..
itu tandanya dia sayang kita dan mahu melihat kita menjadi baik..
Oleh itu terimalah  teguran itu dengan hati yang terbuka......

Sunday, August 5, 2012

Kekuatan ..

Assalamualaikum
Semoga dalam rahmatNya..

Membina kekuatan diri....

Jangan Putus Asa

Assalamualaikum
Semoga dalam rahmatNya..


Muhasabah Diri

Assalamualaikum
Semoga dalam perlindunganNya..

Penerapan Nilai Murni

Program kaunseling dan penerapan nilai murni amat diperlukan dalam institusi kekeluargaan.

Nilai kekeluargaan juga perlu dipupuk sebagai perisai dan pelindung daripada gejala negatif yang melanda   anak-anak kita.

Kurang  bimbingan, kasih sayang dan perhatian menyebabkan anak-anak kita mengalih pandangan kepada rangsangan luar dan gejala sosial yang boleh membawa impak yang kurang sihat.

Kita sebagai ibubapa perlu peka kepada kualiti ikatan kekeluargaan.  Langkah menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak penting untuk membangunkan masyarakat yang kuat, stabil dan kukuh.

Peningkatan motivasi dan nilai murni yang berterusan akan meningkatkan kesedaran  anak-anak akan tanggungjawab terhadap diri, ibu bapa, masyarakat serta negara.

Nilai seperti taat, setia, hormat-menghormati, kesabaran, toreransi, harga diri perlu diterapkan melalui lagu, nasid, ceramah, nasihat dan lain-lain medium supaya nilai-nilai kemanusiaan dapat dipupuk.

Nilai kemanusiaan yang kuat dan ikatan kekeluargaan yang mantap dapat membangunkan situasi dan suasana harmoni,  yang membawa kepada kemakmuran dan keamanan.

Sunday, July 22, 2012

Hikmah Berpuasa

Kata-kata menjadi TASBIH,
Malam syahduNya penuh IBADAH,
Mengharapkan dosa diampunkan..
Mengharapkan pahala dilimpahkan..

Itulah antara keistimewaan Ramadhan yang boleh dirasa ..Insya-Allah
Selamat bepuasa....


Antara Keistimewaan puasa dari sudut sains kesihatan pula...
1. Puasa memberi kesegaran kepada fizikal dan mental seseorang.
2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik dalam darah manusia.
3. Puasa memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat anda sihat, segar dan bertenaga.
4. Puasa akan memanjangkan umur anda.
5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa.
6. Puasa akan membantu menhakiskan keracunan dalam tubuh.
7. Puasa akan memberi keimbangan dalam darah.
8. Puasa boleh menurunkan darah tinggi.
9. Puasa boleh menurunkan berat badan.
10. Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan.
11. Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata.

Tuesday, June 26, 2012

Remaja.

Remaja merupakan golongan yang mendominasikan jumlah penduduk Malaysia. Menjelang 2020 bilangannya akan meningkat kepada 20 juta. Oleh itu, belia adalah aset yang berharga kepada negara kerana mereka juga menjadi tulang belakang negara di masa akan datang .

Ibnu Khaldun pernah mengatakan, jika ingin melihat masa depan sesebuah negara maka lihatlah anak mudanya pada hari ini. Oleh itu golongan ini perlu menghiasi diri dengan ilmu yang kukuh, keimanan ampuh, dan misi utuh. Ketiga-tiga ini merupakan komponen penting bagi memperkukuhkan peribadi kumpulan ini seterusnya menjadi aset negara baik dari segi sosial, agama, bangsa dan negara.


Sunday, June 24, 2012

Syaaban..

Assalamualaikum..


Perjalanan masa terasa pantas dan kita kini semakin hampir Bulan Ramadan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Namun sebelum Ramadan kita melintasi Bulan Syaaban


Syaaban juga memiliki keistimewaan kerana kehadirannya memberi kesempatan dan peluang untuk memperbaiki  diri sebelum menjelang Bulan Ramadan. Syaaban telah melakar sejarah yang tersendiri. Jika Rejab mencatatkan sejarah Israk Mikraj. Syaaban pula mempunyai peristiwa iaitu pertukaran arah kiblat ketika permulaan kewajipan solat dan malam Nisfu Syaaban. 

Sabda Rasul SWAdaripada Abu Hurairah "Allah SWT mengamati makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban seterusnya mengampunkan mereka kecuali yang syirik dan melakukan permusuhan" (Hadis riwayat Ibnu Majah). Oleh itu antara Ibadat yang diberi keutamaan baginda  ialah berpuasa sunat, solat tahajud, solat taubah terutama pada 15 terakhir Syaaban.


Disamping itu ikatan silaturahim dipertingkatkan dan mengelak daripada permusuhan.


Syaaban adalah bulan tarbiyah untuk mendidik jiwa melakukan ibadah dengan penuh ketaatan dan keikhlasan. Firman Allah bermaksud: "Dan hendaklah kamu memohon keampunan kepada Tuhanmu dan hendaklah kembali taat pada-Nya supaya kamu mendapat nikmat dan rahmat di dunia dan akhirat' (Surah Hud, ayat 3)


Kekuatan yang dijana pada Bulan Syaaban melahirkan jiwa yang tenang dan ikhlas mempunyai  kesan positif dalam ibadat kita di bulan Ramadan. Insya-Allah.


p/s : Nota  ini adalah  peringatan diri sendiri dan dikongsikan untuk para pembaca. Sekian..


Thursday, April 26, 2012

Program Karisma (kursus kepimpinan)

Program Karisma (Kursus Kepimpinan) telah diadakan pada Hari Sabtu, 21 April yang lalu.
Antara tujuan kursus kepimpinan diadakan:
-Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan progresif
-Meningkatkan kemahiran memimpin dan berkomunikasi berkesan
-Pengukuhan sikap positif
Permulaan bicara, kata-kata alu-aluan daripada GPK HEM
Pesanan guru kaunseling :
Pengawas perlu berusaha meningkatkan kualiti akademik
selain itu, mereka perlu menjalankan tugas
dengan toleransi dan bertanggungjawab
  berusaha untuk menjadi model kepada pelajar lain.
serta meningkatkan mutu disiplin sekolah.
 Seterusnya bacaan ikrar daripada Pengawas-pengawas dan ketua darjah
 taklimat disiplin daripada guru disiplin
 En Mohd. Shahran meneruskan ceramah kepimpinan
Aktiviti kumpulan (LDK) di bawah kelolaan Cik Hafiza Kasan

Saturday, April 21, 2012

Belajar Sambil Melawat.

Pada 18 April, murid-murid Tahun 6, berpeluang mengikuti Program Belajar Sambil Melawat di SMKA Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor.
 Sampai di sana, kami terus ke dewan terlebih dahulu untuk mendengar taklimat.

 Guru Kaunseling di SMKA memberikan penerangan tentang pencapaian sekolah,
 kelayakan yang diperlukan  untuk menyambung pelajaran di sekolah tersebut
serta memberikan informasi tentang program-program yang dijalankan

 Kami juga disambut dengan mesra oleh pelajar-pelajar 
 Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)  Tingkatan 4 yang juga bertindak 
menjadi pembimbing  kepada murid-murid Tahun 6 yang mengikuti lawatan ini.
 Melawat ke perpustakaan sekolah
 Persekitaran sekolah yang ceria dan menghijau..
 Bilik kaunseling yang banyak maklumat....
 Perpustakaan yang cantik dan kemas
  Memuatkan pelbagai buku..sangat kemas
 Dewan makan yang cantik dan bersih
 Sempat menjalankan sedikit aktiviti sebelum pulang..
Terima kasih kepada warga sekolah ..
Pulang dengan membawa maklumat  supaya dapat
 meningkatkan motivasi belajar...
Mengharapkan agar ada pelajar-pelajar kami yang berminat dan 
dapat melanjutkan pelajaran di  sana pada tahun 2013..Amin..

Wednesday, March 28, 2012

Kem Pemantapan dan Kecemerlangan UPSR

Assalamualaikum
Pada 24 dan 25 Mac, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Kem Pemantapan untuk murid-murid Tahun 6. Kali ini para peserta kursus kem berpeluang untuk mendapat bimbingan daripada fasilitator UIAM.

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi terimakasih kepada barisan fasilitatornya terdiri daripada pelajar-pelajar UIAM yang diketuai  adik Anwari. Mereka telah menunjukkan kebolehan dan bakat-bakat kepimpinannya untuk memberi bimbingan yang berkesan kepada murid-murid Tahun 6.




Antara Kata-kata hikmah daripada fasilitator:
1.Natasha Aziera (Hs komunikasi): Sekali gagal bukan gagal selamanya.
2.NurHamizah Mohd Tahir (Law): Kecemerlangan dicipta oleh orang biasa yang berusaha secara luar biasa
3.Nurul Syahida bt. Mat Junoh (Pendidikan) Allah takkan menguji kekuatan seseorang melainkan Dia tahu
   hambaNya mampu melakukannya.
4.Nurul Humaira (komunikasi & Sc Politik) : Never give up, Study hard, study smart.

5.Nurul Hafidzatul (Human Sc:Communication) : Hope For the best, Prepired for the rest
6.Iman Nabila (law) : Semoga sek ini dapat melahirkan pelajar yang berbakti kpd Agama, bangsa dan negara
7.Sharifah Nadhirah (B.Arab) :Moga pelajar ini mendapat kecemerlangan dalam UPSR
8.Fatin Hanani (Law): Kejayaan adalah hadiah terbaik untuk ibubapa. Jangan putus asa.
9.Siti Khailily (Engineering) : Belajar bersungguh-sungguh. Betulkan niat.

10.Nurhidayu (Law) No matter what people said about you, Just believe for who you are..
11.Anwari (Psychologi) : Tiada kejayaan semanis madu, tanpa usaha sepahit hempedu.

Monday, March 26, 2012

Hikmah Ujian

Assalamualaikum

Sunday, March 25, 2012

Andai hati...

Assalamualaikum


ALLAH lah yang memegang Hati itu.

Andai hati itu terluka, ingatlah PenyembuhNya,
agar DIA titipkan penawar bisa..

Andai hati itu kecewa, ingatlah PelindungNya,
agar DIA usirkan segala duka...

Andai hati itu terpalit dosa, ingatlah PengampunNya,
agar Dia bersihkan debu noda..

Andai hati itu gundah gulana, ingatlah PentadbirNya,
agar DIA hembuskan ketenangan ke dada..



Monday, March 19, 2012

Fokus.

Assalamualaikum..
Fokus dan berdoa kepadaNya agar diberikan apa yang kita inginkan...
Apabila belum dimakbulkan....
Yakinlah bahawa Dia lebih mengetahui..

Friday, March 16, 2012

Program Minda Kreatif

Assalamualaikum..
Program Minda Kreatif adalah program Murid-murid Pendidikan Khas dengan kerjasama Unit Kaunseling..
Antara Objektif mengadakan aktiviti ini :
1. Memupuk minat suka membaca dan belajar secara berkumpulan.
2. Meningkatkan kemahiran murid mengeja, membaca dan mengira.
3. Mencungkil bakat dan kreativiti murid.
4. Menimbulkan kesedaran terhadap keinginan memperbaiki kelemahan diri.
Murid-murid sedang fokus aktiviti yang dijalankan...
Guru pemulihan sedang membimbing murid dalam slot permainan bahasa.
Interaksi bersama guru pemulihan..
Menyambung aktiviti permainan bahasa di bawah seliaan guru-guru pemulihan
 Slot bersama guru kaunseling
Ucapan penutup daripada Tuan Guru Besar.

Friday, March 9, 2012

Pesanan Untuk Kita Semua..


Bergunung manapun harta, bukanlah kaya, jika miskin budi bahasa.. 

Segagah manapun diri, bukanlah pahlawan, jika nafsu tidak dapat dilawan.. 
Secantik manapun rupa, bukanlah ratu, jika buruk tingkah laku.. 
Setinggi manapun darjat, bukanlah mulia, jika tiada iman didada.. 
Melangit manapun ilmu, bukanlah bijaksana, jika tidak diamal dan diguna.. 
Sealim manapun diri, bukanlah ulama', jika takbur dan riak.. 

Tuesday, March 6, 2012

Tanda Insan Bahagia..

Assalamualaikum
Hidup ini perlu berpesan-pesan..
Antara Tanda-tanda insan Muslim bahagia  menurut pandangan ustaz..
1. Tidak rakus dengan dunia
2. Lakukan ibadat
3. Kurang bercakap melainkan yang perlu 
4. Memelihara solat
5. Bersahabat dengan orang soleh
6. Tawwaduk (merendah diri)
7. Menjauhkan diri daripada perkara haram
8. Pemurah dan baik hati
9.Kasih sayang sesama mahluk
10. Berguna kepada masyarakat
11. Selalu ingat bahawa suatu hari nanti kita akan mati.
TERIMA KASIH USTAZ, ATAS PERKONGSIAN NASIHAT INI

Renungi kata-kata hikmat ini..
‎: Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, 
maka Allah meneguhkan kepercayaanmu kepadaNya. 
Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, 
maka ALLAH menguji kesabaranmu. 
Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu,
 maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu.


Moga kita menjadi insan tabah dan cekal hati..Amin.

Sunday, March 4, 2012

Program Tahun 6

Assalamualaikum..
Pada  2 dan 3 Mac, murid-murid Tahun 6 telah mengikuti Program Motivasi dan Teknik Belajar berkesan. Program tersebut hanya melibatkan guru-guru sekolah ini . Bimbingan selama dua hari ini  bukan sahaja untuk  meningkatkan semangat belajar, malah murid-murid juga didedahkan panduan belajar secara berkesan.
Tekun mengikuti aktiviti-aktiviti yang diberikan.
Berkongsi ilmu dengan guru kaunseling. Beliau  memberikan bimbingan dan panduan bagaimana menjadi anak-anak cemerlang.
Hari kedua..
'Doa' merupakan kunci  untuk menjadi anak-anak cemerlang . 
Pesanan daripada guru kaunseling.
 Tekun berusaha merupakan salah satu faktor utama  untuk mencapai kejayaan
Seramai 159 calon di sekolah ini akan menduduki peperiksaan UPSR  dan mereka diharapkan dapat mempersiapkan diri dan berusaha untuk meningkatkan prestasi pembelajaran dan sahsiah .

Penyelaras Tahun 6 menutup program serta memberikan sedikit kata-kata nasihat kepada murid-murid Tahun  6  yang menjadi tunggak harapan sekolah ini .