Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Sunday, June 30, 2013

Kolej Vokasional...

Assalamualaikum.
Anak-anak...
Bagi  yang suka kerja-kerja kemahiran, anak-anak boleh menyambung pelajaran di Kolej  Vokasional di seluruh negara untuk mendapatkan kemahiran tertentu ..

Sama seperti institusi lain, di sini pun anak-anak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran  apabila memperoleh  Sijil Kemahiran Malaysia kelak yg setaraf dengan SPM...

Memilih bidang yang diminati adalah keutamaan anak-anak dan apabila keluar, kemahiran yang diperoleh boleh  melatih diri menjadi usahawan atau bekerja  dengan syarikat-syarikat tertentu dengan gaji yang lumayan setaraf dengan ahli profesional yang lain...

Sekarang, terlalu banyak kolej Vokasional di bawah kementerian Pendidikan Malaysia di seluruh Malaysia. Rebutlah peluang ini. Cuba google untuk mendapatkan maklumat-maklumat lebih lanjut . Anak-anak juga dinasihatkan untuk mendapat pandangan daripada ibubapa.

Antara bidang-bidang kursus yang ditawarkan...
1. Teknologi Automatif
2. Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman Udara
3. Pemesinan Industri
4. Teknologi kimpalan
5. Teknologi binaan
6. Teknologi Elektrik
7. Teknologi Elektronik
8. Fesyen dan Pembuat Pakaian
9. Seni kulinari
10. Kosmetologi
11. Hortikultur Hiasan
12. Landskap
13. Mekanisasi Agro
14. Agroindustri Tanaman
15. Agroindustri Ruminan
16. Agroindustri Ternakan Poltri.

Pilih bidang yang diminati...

Tak kenal maka tak cinta. Oleh itu,  anak-anak cuba google untuk capaian informasi mengenai kursus-kursus yang ditawarkan.

Dalam rangka lawatan ibu ke Kolej Vokasional tempoh hari, Ibu berpeluang melihat pelajar-pelajarnya sendiri. Kaedah pengajaran yang disampaikan sangat menarik kerana pelajar-pelajarnya berpeluang mendapatkan ilmu melalui  teori dan praktikal.

Selamat belajar.
Ingatlah, Anak-anak adalah warisan dan harapan negara di masa hadapan..

Saturday, January 28, 2012

Teknik Menghilangkan Stress


  • Solat 5 waktu .
  • Ambil wudu'
  • Banyakkan membaca Al-Quran dan hayati maknanya
  • Banyakkan makan buah-buahan contohnya buah limau  yang banyak vitamin c
  • Kurankan makan daging merah. Amalkan daging putih
  • Amalkan teknik urutan
  • Mandi (air suam) Amalkan menggunakan aroma terapi seperti bau-bauan yang wangi ketika mandi.
  • Ceritakan masalah anda kepada rakan yang boleh dipercayai.
  • Tengok binatang peliharaan contohnya ikan.
  • Menangis salah satu cara mengurangkan tekanan. Sebaik-baiknya solat tahajud.
  • kurangkan makanan yang ada perasa tiruan
  • Amalkan teknik ‘physical relaxation’.
  • Tengok pemandangan sekeliling. Lihat tumbuhan hijau.
  • Dengar ceramah-ceramah agama
  • Buka tingkap benarkan cahaya matahari dan udara bersih masuk ke bilik.
  • Minum air kosong dengan banyak. Sebaik-baiknya 1-2 L @ 3-4 L sehari.
  • Hubungi @ telefon ibu dan ayah. Bercakap dengan mereka.
  • Dengar muzik contohnya nasyid .
  • Imbas kembali kenangan-kenangan manis.contohnya melihat barang-barang yang disayangi atau berharga dan mempunyai sejarah tersendiri.
  • Banyakkan berdoa.Maafkan semua orang.

Friday, May 21, 2010

Gotong Royong Perdana

Program: Gotong Royong Perdana
Tarikh: 15 Mei 2010.
Hari : Sabtu.

Program gotong royong perdana diadakan diSKTMR2 pada tarikh tersebut.Semua guru-guru mengambil bahagian mengikut tugasan dan lokasi masing-masing yang telah ditetapkan termasuk  bilik kaunseling.


Saturday, November 21, 2009

Selamat Bercuti

kepada semua pelajar2 thn 6 diucapkan selamat bercuti dan selamat melangkah ke tg 1.

Tak lupa juga kepada pelajar2 thn 6 yg sempat mengunjungi bilik kaunseling semalam, ingatan ikhlas daripada cikgu agar cuti ini dpt dimanfaatkan dgn baik dan menggembirakan.

kump 1 6g
m esyazwan, iqmal eman, m sharul izzad, amirul osman, norhafidz abd malik, helmi norisham, nasrullah ngatemen, amyrul nizam shah, puteri ainaa, nurhazira, nurul fatin najihah

kump2 6g
che nurkamaliah, nur syazlyn, siti hawa, nur ain najiha

kump3 6e
saleha azman , shazlien adenan, safi aqila, faezah jalaludin, nurhidayah kamarudin, azzleen puteri, nurhazira halmi



murid2 thn 6, 2009



dari kiri Pn sal, Uztazah Roziana, Pn Deepa, En Mohamad ,
Ustazah Rosmarina (duduk)


Pelajar2 thn 6, 2009


Kepada rakan2 sejawat yg dapat bertukar ke ng2 lain
diucapkan selamat menempuh kehidupan yg lebih ceria .
Jauh di mata dekat di hati....


Dari kiri Pn Normah (ke selangor) , Ustazah Rosmarina (ke P.Pinang),
Pn Faezah, Pn Sal,
Cik Hasmidar (Ke sabah)



Friday, November 13, 2009

Johan Pengurusan Dan Pengimarahan Surau Peringkat Negeri Johor

Ingin berkongsi kegembiraan dengan semua warga SKTMR2, yang diketuai Pn Zainab Abu Bakar (Guru Besar) , Guru2 Penolong Kanan, Pn Rahmah Yassin (Mantan GPK HEM), Panitia Agama, Semua guru dan kakitangan sekolah serta pelajar2 yg begitu komited untuk menaik taraf surau SKTMR2 sehingga berjaya mendapat anugerah Johan Pengurusan dan Pengimarahan Surau Peringkat Negeri Johor .


Hadiah Penghargaan (Johan) : Melancong ke Cameron Highlands (3 hari) dan
hadiah iringan wang tunai RM3 000.00...terima kasih..


tahniah kepada semua...


warga SKTMR2 sedang membaca Yasin di surau


Laluan ke surau


Align Center
Pandangan hadapan surau.

Wednesday, November 4, 2009

Jasamu Dikenang...


Sempena Majlis perpisahan bersama Pn.Rahmah (GPK HEM), satu sesi fotografi telah diadakan pada hari Isnin 4 November 2009.



Bergambar kenangan bersama kakitangan pejabat
Pn Rahmah : yg duduk di hadapan, no 2 dari kiri



Dari kiri yg duduk: Pn Huzaimah, Pn Salbiah A.Bakar, En.Mohamad(GPK 1), Pn.Zainab (GB), Pn Rahmah (GPK HEM) yg berpindah, En Halim (GPK KOKU), Pn Salbiah Lauto (guru Bimbingan), Pn Norizan


Pelukan mesra bersama Pn Syarifah (guru tahun 1)
guru lain jangan jeles ya..


Pn Rahmah bersama Guru Besar



Gurindam ini Khas untuk Pn Rahmah..
Hadiah daripada GB
....terimalah...


Apa yang ........


dijahit.. menjadi baju..
ditanam.. cepat tumbuh...
disiram.. basah..
dijemur.. kering..
dibakar.. hangus..
ditiup.. terbang..


ditawar.. menjadi murah..
dijual ..cepat dibeli..
dikait.. jatuh..
dijerat.. mengena..
diubat.. sembuh..
dikerat.. putus..
dipikat.. dapat..
diangkat.. naik..


Tuan umpama geliga sakti
Apa yang diminta semua menjadi..
*********


Puan..
betapa istimewanya kamu di sisi kami..
kami, warga mutiara rini 2..


tapi..
kamu yg disayang..
melangkah jua pergi ..
demi tugas yg menanti di sana..


terima kasih semuanya..


kamu tetap dalam ingatan kami...