Assalamualaikum..
Pernahkah anak2 merasa kecewa dan hampa kerana hajat tidak kesampaian...
Adakah anak2 terus-terusan menangis mengenang nasib yang tidak sebaik orang atau mahu mengambil jalan singkat yang tidak relevan...
Tidak dapat dinafikan, Kita memang merasa sedih apabila didakap kekecewaan dan kehampaan. Namun usahlah terbawa-bawa sehingga perasaan itu mengganggu emosi dek terus-terusan melayaninya .....
Jangan terlalu taksub memikirkan perkara tersebut, atau terlalu taksub memikirkan tentang kelemahan diri..Lupakan kesedihan.
Seterusnya mulakan langkah baru. Aturlah perancangan. Tentunya kehidupan hari esok bermula pada hari ini. Kekuatan dan perancangan hari ini menentukan kegembiraan hari2 yang akan dilalui..
Kita adalah hambaNya..bermakna perancangan juga banyak bergantung kepada-Nya. Tentu Ada hikmahnya jika perancangan kita tidak menjadi kenyataan. Sebagainya hambanya ..sumber doa merupakan kekuatan untuk menempuh hari mendatang dengan cemerlang......Insya-Allah
No comments:
Post a Comment