Friday, January 27, 2012

Majlis persaraan

 Asalamualaikum..
Sedikit liputan majlis persaraan Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum..
 Sebelum ketibaan beliau, murid-murid, guru-guru dan para tetamu  
telah menunggu di hadapan sekolah..
Bunga manggar, sirih junjung, tepak sireh di sediakan.
Kompang dipalukan
dan silat dipersembahkan..
 
Tepak sirih telah setia menanti..
sedikit simbolik ...
Sirih pulang ke gagang..
Setelah lama berkhidmat di merata-rata tempat,
tiba masanya memulakan kehidupan baru 
bersama keluarga di desa permai....
bersalam-salaman dengan Guru Besar 
dan tetamu yang telah menunggu ..
beliau dan isteri..
dijemput untuk mengambil sirih..
 sebelum melalui kapet merah..
maka bergemalah paluan kompang
dan persembahan silat oleh murid-murid sekolah ini..
 memeriksa barisan badan beruniform..
Pengakap, Tunas Puteri, Puteri Islam
Selesai memeriksa barisan beruniform
beliau ke dewan terbuka..
untuk acara seterusnya..
Inilah pelamin yang disediakan..
 Diberi penghormatan untuk menaiki tahta singgahsana
sambil diperdengarkan biodata beliau kepada hadirin yang datang..
 memberikan amanat terakhir kepada warga sekolah ini
dan juga tetamu..terharu..
"Untuk menjadi seorang pemimpin, mesti ada kesabaran dan komitmen...." itulah antara pesanan beliau.
 Memotong kek...
 Sedikit persembahan untuk memeriahkan majlis..
 penyampaian cenderahati...
selepas itu, 
jamuan..
kemudian murid-murid bersalam-salaman dengan beliau...
 Akhir sekali, pulang dengan kereta ini...

No comments:

Post a Comment