Sunday, April 3, 2011

Kem Jati Diri

Tempat :
TIRAM INDAH VILLAGE, ULU TIRAM..

Tarikh :
1, 2 dan 3 April 2011

Sasaran
Murid2 Tahun 6 di sekolah ini..

Aktiviti
Flying Fox...
..

Permulaan yang kemas...memastikan tali yang dipakai diikat dengan kukuh  dan kuat..

Cikgu  membantu pelajar ini untuk  memulakan pendaratan...

Murid  Tahun 6 ini sedang menjalankan aktiviti tersebut dengan  melintasi kolam...
Air kolam tersebut  mempunyai ketinggian air  kira-kiranya 1  meter..

mendarat dengan cermat
 
peserta murid perempuan yang pertama menjalani aktiviti flying fox..
memastikan tali yang digunakan diikat dengan kemas dan selesa..

cikgu  mula  melepaskan pelajar ini....

kemudian pelajar tahun 6 ini  mengelunsur mengikut tali yang merentasi kolam
gayat...

berada di tengah2 kolam..

Sabar dan bertawakal..
lebih yakin ketika sampai ke hujung.

Thursday, March 10, 2011

Profesionalisme Guru Pengajaran Berkesan

(Kursus Dalam Perkhidmatan)

Tarikh : 9 Mac 2011
Hari : Rabu
Masa : 2.00 - 5.00 ptg
tempat : Bilik Muzik , SK. Taman Mutiara Rini 2, J.Bahru
Penceramah : En.Saliman B. Selamat
Penolong Pegawai PPD
Bhg Teknik dan Vokasional, Johor Bahru.


 Pengajaran Berkesan : Apabila ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan oleh murid..
Pengajaran berkesan apabila guru menguasai ilmu yang disampaikan : Kebolehan guru utk mendiagnostik keupayaan pelajar menguasai ilmu pengetahuan dan kebolehan menyediakan pengalaman pembelajaran baru yang dapat  memenuhi keperluan  murid-murid...  
 Jika pengajaran guru  menyeronokkan,  murid mudah mengingat pelajaran yang disampaikan serta  memberi kesan  positif  kepada mereka...... 
Guru perlu  mempunyai 'high expectations' kepada murid-muridnya.....
 Guru-guru menjadi  cermin kepada pelajarnya......
Pengajaran berkesan apabila guru dapat mengurus   bilik darjah dengan baik  menyediakan suasana pembelajaran dan persekitaran yg sesuai, menarik , selesa dan kondusif  di dalam bilik darjah. ...
Suasana yg baik di bilik darjah  akan memudahkan guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran  ...
Penghargaan  kepada pelajar adalah penting  : tutur kata dan tingkah laku  menggambarkan sifat penyayang yang memberi  nilai tambah kepada guru.Sikap saling hormat menghormati, membimbing, memberi sokongan, pegiktirafan  perlu diamalkan .... 
Sekian. Terima Kasih...

Sebelum menutup tirai program, sedikit pesanan daripada Pn Hjh Hashimah, GPK Pentadbiran, SKTMR2..

Monday, March 7, 2011

ORIENTASI THN 6

PROGRAM BUKA MINDA
Orientasi tahun 6

Tarikh ; 8 Jan 2011.
Masa: 8 pagi hingga 12.30 t hari.
Hari : Sabtu
Bidang psikososial
Penceramah: En Mohd Sahran b. Yahya, 
SK KOMPLEKS UDA
 ( Masa : 8.00-10.00pagi)
Penceramah : En.Saiful Lizan B. Suparman,
 SK Gelang Patah, Gelang Patah (Masa: 10.30-12.30) tengah hari

En Mohd Sahran b. Yahya, 
SK KOMPLEKS UDA ( Masa : 8.00-10.00pagi)

            Tajuk ceramah yang disampaikan oleh En Mohd Sahran :
 Pengurusan Masa


En.Saiful Lizan B. Suparman, 
SK Gelang Patah, Gelang Patah
 (Masa: 10.30-12.30 tengah hari)


Tajuk Ceramah yang disampaikan oleh En.Saiful Lizan
teknik Belajar Berkesan



Pada akhir sesi...

Tuesday, January 18, 2011

Kursus Pendedahan Linus

Kursus Pembangunan Staf
Tajuk yang disampaikan : Pendedahan Program Linus 
Diadakan pada 12 Jan 2011
Hari Rabu.
Masa : 1.00 tengah hari
Tempat: Makmal Komputer SKTMR2.
Sasaran: semua guru SKTMR2
Penyampai : Cikgu Wan Norazwan  dan Cikgu Asilawati

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua guru tentang Program LINUS  (Program  Saringan Literasi dan Numerasi )  di sekolah.

Bagi memastikan semua kanak-kanak normal menguasai literasi dan numerasi sebelum melangkah ke Tahap II, Kementerian Pelajaran menerusi Bidang Keberkesanan Utama Nasional (NKRA) melaksanakan satu inisiatif  di sekolah yang dikenali sebagai Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS). 

 

Friday, January 14, 2011

Orientasi Tahun 1

Slot guru kaunseling  bersama murid-murid tahun 1 diteruskan pada 13 Jan 2011, hari Khamis. Selama satu jam . Kali ini memperkenalkan kepada murid tahun 1 tentang mata pelajaran, bagaimana memahami jadual waktu, huruf ringkas mata pelajaran yang digunakan dalam jadual waktu   dan guru-gurunya mata pelajaran.

Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). 

Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan  yang lebih berkualiti sejajar dengan masa kini.

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.

Sunday, January 9, 2011

Program Transisi Tahun 1

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu. Program ini dilaksanakan dua minggu.

   Kita semua tahu Kanak-kanak datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan, oleh itu mereka berpeluang untuk berinteraksi bagi menyesuaikan diri dalam pesekitaran baru. 

   Program transisi melibatkan semua guru-guru Tahun Satu .Pelbagai aktiviti telah dirancang telah pun disediakan bagi membantu pelajar-pelajar tahun satu ini dalam kelas.

   Aktiviti juga diteruskan bersama guru kaunseling pada 6 Jan 2011 pada hari khamis Jam 10.40 hingga 11.40 pagi. Perjumpaan selama 1 jam ini membantu murid-murid tahun satu untuk mengenali dan mengetahui sedikit sebanyak tentang tatacara datang sekolah, ucapan-ucapan bertatasusila, Sedikit menyentuh tentang peraturan sekolah, Mengenali tempat2 menarik di sekolah seperti kantin, bilik guru,dewan dan lain serta tatacara masuk ke tempat-tempat tersebut.

    Diharapkan program transisi yang dijalankan membantu murid-murid tahun satu; 
  • Menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
  • Menyelaraskan keperluan kognitif, emosi dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses P & P secara formal.
  • Meningkatkan minat dan semangat dan ceria selalu .
  • Memudahkan mereka berinteraksi kerana murid-murid Tahun Satu datang dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza .

Tuesday, December 28, 2010

Tahniah

Ucapan tahniah dan pernghargaan kepada seluruh warga SKTMR2 yang diketua oleh Pn Zainab bt.Abu Bakar (Guru Besar) yang telah berjaya meraih  pencapaian berikut:

  • Anugerah Cemerlang UPSR Daerah Johor Bahru Tahun 2010  (Peningkatan Peratus Cemerlang) .
  •  Anugerah Cemerlang UPSR Daerah Johor Bahru 2010 (melepasi ETR Peratus menguasai Kategori Luar Bandar).
  • Anugerah Cemerlang UPSR Daerah Johor Bahru Tahun 2010 (Melepasi ETR Peratus Cemerlang Tertinggi Kategori Luar Bandar.
Semoga kejayaan yang diraih oleh sekolah ini memberi perangsang kepada semua warga sekolah untuk meningkatkan  usaha  melaksanakan tanggungjawab demi untuk mendidik anak2 bangsa  secara berterusan.