Kita semua tahu Kanak-kanak datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan, oleh itu mereka berpeluang untuk berinteraksi bagi menyesuaikan diri dalam pesekitaran baru.
Program transisi melibatkan semua guru-guru Tahun Satu .Pelbagai aktiviti telah dirancang telah pun disediakan bagi membantu pelajar-pelajar tahun satu ini dalam kelas.
Aktiviti juga diteruskan bersama guru kaunseling pada 6 Jan 2011 pada hari khamis Jam 10.40 hingga 11.40 pagi. Perjumpaan selama 1 jam ini membantu murid-murid tahun satu untuk mengenali dan mengetahui sedikit sebanyak tentang tatacara datang sekolah, ucapan-ucapan bertatasusila, Sedikit menyentuh tentang peraturan sekolah, Mengenali tempat2 menarik di sekolah seperti kantin, bilik guru,dewan dan lain serta tatacara masuk ke tempat-tempat tersebut.
Diharapkan program transisi yang dijalankan membantu murid-murid tahun satu;
- Menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
- Menyelaraskan keperluan kognitif, emosi dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses P & P secara formal.
- Meningkatkan minat dan semangat dan ceria selalu .
- Memudahkan mereka berinteraksi kerana murid-murid Tahun Satu datang dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza .
No comments:
Post a Comment