Slot guru kaunseling bersama murid-murid tahun 1 diteruskan pada 13 Jan 2011, hari Khamis. Selama satu jam . Kali ini memperkenalkan kepada murid tahun 1 tentang mata pelajaran, bagaimana memahami jadual waktu, huruf ringkas mata pelajaran yang digunakan dalam jadual waktu dan guru-gurunya mata pelajaran.
Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan masa kini.
KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.
No comments:
Post a Comment