Tuesday, March 9, 2010

Pintu Kita

Semasa belajar dahulu seorang kakak yang saya respect dan berjaya sering mengingatkan bahawa...



Minda yang negatif akan menghalang diri untuk  menyelesaikan masalah yang sukar..kurang inovatif..kurang kreatif. Oleh itu  tutupkanlah pintu pemikiran negatif  supaya kita boleh memberi laluan kepada pintu positif berkembang dalam pemikiran kita......




Semua aktiviti memerlukan kepercayaan yang positif terhadap diri dan kemampuan. Apabila  mendekati setiap cabaran dengan mental positif, maka kita sentiasa menemui peluang2 yang mungkin tidak diperolehi orang lain....bertuahnya kita..

Apabila meletakkan diri kita kepada pintu positif, kita percaya bahawa  pencapaian yang sukar  dan  mencabar akan ada jalan penyelesaiannya.  Renungi diri  ...dan terima  hakikat bahawa kita pernah  berjaya mengharungi cabaran dalam hidup bermakna kita juga  boleh berjaya  di masa hadapan......fikir-fikirkanlah......selamat beramal....

1 comment:

muhammad najmuddin said...

hensem gak bdak yang pkai beg putih tu eh...
macam rosyam nor mse kecik2....
hehehehe....

yang benar naj ensem,

NajMUddIn

Post a Comment