Ketika sedang menikmati sarapan pada suatu pagi ..tetiba seorang rakan sempat bersuara, isu cepumas saya kira....
'Eh, Suami saya, tak percaya pd kaunseling ni, lebih berkesan dengan pukulogi' kata kawan saya itu juga merupakan seorang guru Sains sambil menghirup segelas fresh orange di hadapan meja..
'Em, lepas pukulogi kita kaunselinglah anak pulak .Kedua2nya perlu'.kata kawan saya yang lain, iaitu seorang guru Agama.
kata-kata di atas merupakan persepsi individu terhadap kaunseling dalam pendidikan anak..
Sebenarnya Kaunseling merupakan alternatif kepada pelbagai-bagai pendekatan yang boleh digunakan untuk mendidik. Memang kita diberi pelbagai pilihan. Pilihan mana yang dirasakan sesuai yang boleh diterapkan kepada anak2 kita. Kesemuanya mempunyai matlamat yang sama iaitu bertujuan mendidik anak....
Apa itu kaunseling....
Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya.
Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan masalah pada dirinya.
Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.
Ketiga-tiga definasi yang di pilih ini memberikan penekanan kepada proses untuk menolong, menyedarkan individu tentang dirinya dan suatu proses pembelajaran individu untuk mencapai tingkat kesejahteraan dalam kehidupan yang dilalui.
Sebenarnya ibubapa boleh mempelajari asas2 kaunseling cukup untuk mengaplikasikan pengetahuan tersebut untuk anak. Apabila tidak berkesempatan untuk melakukannya barulah kita bertemu dengan orang yang mahir dalam bidang itu supaya anak kita dapat pendedahan, pengalaman dan pengetahuan untuk membina jati diri.....

Saya juga menyerahkan anak saya pada guru kaunseling pada tahun2 peperiksaan kerana saya percaya bahawa ada sesuatu yang boleh dikongsikan bersama dengan guru kaunseling serta boleh memanfaatkannya untuk membantu dalam proses pembelajaran. walaupun anak2 saya bukanlah pelajar yang bermasalah!!!
Adakah anak-anak yang bermasalah sahaja yang perlu diberi kesempatan berkaunseling?
Kaunseling hanya membantu memberikan pertolongan.Yang berubah itu terpulang kepada individu itu sendiri samaada mahu berubah atau tidak. Ada banyak lagi program2 kaunseling dan kerohanian yang dapat membantu. bersifat subjektif. Sebenarnya kaunseling itu lebih ke arah EQ dan SQ...asalkan jangan berputus asa...
EQ – adalah ukuran kecerdasan emosional atau kemampuan minda untuk menggunakan kedua dua emosi dalam hidup. Kompetensi kecerdasan emosi termasuk empati, intuisi, fleksibiliti, ketahanan, mengatasi, stres pengurusan, kepimpinan, integriti, keaslian, intrapersonal dan interpersonal.
IQ – ialah ukuran keupayaan kognitif, seperti kemampuan belajar atau memahami atau menghadapi situasi-situasi baru; yang mahir menggunakan akal sihat; kemampuan untuk menerapkan pengetahuan untuk memanipulasi persekitaran seseorang atau untuk berfikir secara abstrak yang diukur dengan kriteria objektif (sebagai ujian ); ketajaman mental, logik dan kemahiran analisa.
No comments:
Post a Comment