Monday, March 26, 2012

Hikmah Ujian

Assalamualaikum

Sunday, March 25, 2012

Andai hati...

Assalamualaikum


ALLAH lah yang memegang Hati itu.

Andai hati itu terluka, ingatlah PenyembuhNya,
agar DIA titipkan penawar bisa..

Andai hati itu kecewa, ingatlah PelindungNya,
agar DIA usirkan segala duka...

Andai hati itu terpalit dosa, ingatlah PengampunNya,
agar Dia bersihkan debu noda..

Andai hati itu gundah gulana, ingatlah PentadbirNya,
agar DIA hembuskan ketenangan ke dada..



Monday, March 19, 2012

Fokus.

Assalamualaikum..
Fokus dan berdoa kepadaNya agar diberikan apa yang kita inginkan...
Apabila belum dimakbulkan....
Yakinlah bahawa Dia lebih mengetahui..

Friday, March 16, 2012

Program Minda Kreatif

Assalamualaikum..
Program Minda Kreatif adalah program Murid-murid Pendidikan Khas dengan kerjasama Unit Kaunseling..
Antara Objektif mengadakan aktiviti ini :
1. Memupuk minat suka membaca dan belajar secara berkumpulan.
2. Meningkatkan kemahiran murid mengeja, membaca dan mengira.
3. Mencungkil bakat dan kreativiti murid.
4. Menimbulkan kesedaran terhadap keinginan memperbaiki kelemahan diri.
Murid-murid sedang fokus aktiviti yang dijalankan...
Guru pemulihan sedang membimbing murid dalam slot permainan bahasa.
Interaksi bersama guru pemulihan..
Menyambung aktiviti permainan bahasa di bawah seliaan guru-guru pemulihan
 Slot bersama guru kaunseling
Ucapan penutup daripada Tuan Guru Besar.

Friday, March 9, 2012

Pesanan Untuk Kita Semua..


Bergunung manapun harta, bukanlah kaya, jika miskin budi bahasa.. 

Segagah manapun diri, bukanlah pahlawan, jika nafsu tidak dapat dilawan.. 
Secantik manapun rupa, bukanlah ratu, jika buruk tingkah laku.. 
Setinggi manapun darjat, bukanlah mulia, jika tiada iman didada.. 
Melangit manapun ilmu, bukanlah bijaksana, jika tidak diamal dan diguna.. 
Sealim manapun diri, bukanlah ulama', jika takbur dan riak.. 

Tuesday, March 6, 2012

Tanda Insan Bahagia..

Assalamualaikum
Hidup ini perlu berpesan-pesan..
Antara Tanda-tanda insan Muslim bahagia  menurut pandangan ustaz..
1. Tidak rakus dengan dunia
2. Lakukan ibadat
3. Kurang bercakap melainkan yang perlu 
4. Memelihara solat
5. Bersahabat dengan orang soleh
6. Tawwaduk (merendah diri)
7. Menjauhkan diri daripada perkara haram
8. Pemurah dan baik hati
9.Kasih sayang sesama mahluk
10. Berguna kepada masyarakat
11. Selalu ingat bahawa suatu hari nanti kita akan mati.
TERIMA KASIH USTAZ, ATAS PERKONGSIAN NASIHAT INI

Renungi kata-kata hikmat ini..
‎: Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, 
maka Allah meneguhkan kepercayaanmu kepadaNya. 
Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, 
maka ALLAH menguji kesabaranmu. 
Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu,
 maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu.


Moga kita menjadi insan tabah dan cekal hati..Amin.

Sunday, March 4, 2012

Program Tahun 6

Assalamualaikum..
Pada  2 dan 3 Mac, murid-murid Tahun 6 telah mengikuti Program Motivasi dan Teknik Belajar berkesan. Program tersebut hanya melibatkan guru-guru sekolah ini . Bimbingan selama dua hari ini  bukan sahaja untuk  meningkatkan semangat belajar, malah murid-murid juga didedahkan panduan belajar secara berkesan.
Tekun mengikuti aktiviti-aktiviti yang diberikan.
Berkongsi ilmu dengan guru kaunseling. Beliau  memberikan bimbingan dan panduan bagaimana menjadi anak-anak cemerlang.
Hari kedua..
'Doa' merupakan kunci  untuk menjadi anak-anak cemerlang . 
Pesanan daripada guru kaunseling.
 Tekun berusaha merupakan salah satu faktor utama  untuk mencapai kejayaan
Seramai 159 calon di sekolah ini akan menduduki peperiksaan UPSR  dan mereka diharapkan dapat mempersiapkan diri dan berusaha untuk meningkatkan prestasi pembelajaran dan sahsiah .

Penyelaras Tahun 6 menutup program serta memberikan sedikit kata-kata nasihat kepada murid-murid Tahun  6  yang menjadi tunggak harapan sekolah ini .