Assalamualaikum..
Pada 2 dan 3 Mac, murid-murid Tahun 6 telah mengikuti Program Motivasi dan Teknik Belajar berkesan. Program tersebut hanya melibatkan guru-guru sekolah ini . Bimbingan selama dua hari ini bukan sahaja untuk meningkatkan semangat belajar, malah murid-murid juga didedahkan panduan belajar secara berkesan.Tekun mengikuti aktiviti-aktiviti yang diberikan.
Berkongsi ilmu dengan guru kaunseling. Beliau memberikan bimbingan dan panduan bagaimana menjadi anak-anak cemerlang.
Hari kedua..
'Doa' merupakan kunci untuk menjadi anak-anak cemerlang .
Pesanan daripada guru kaunseling.
Tekun berusaha merupakan salah satu faktor utama untuk mencapai kejayaan
Seramai 159 calon di sekolah ini akan menduduki peperiksaan UPSR dan mereka diharapkan dapat mempersiapkan diri dan berusaha untuk meningkatkan prestasi pembelajaran dan sahsiah .
Penyelaras Tahun 6 menutup program serta memberikan sedikit kata-kata nasihat kepada murid-murid Tahun 6 yang menjadi tunggak harapan sekolah ini .
No comments:
Post a Comment