Monday, January 16, 2012

Bacaan untuk anak kita.

Assalamualaikum
Untuk anak-anak yang degil untuk bersolat..
iktiar kita dengan mengamalkan surah berikut...
Baca doa ini  tiga kali 
terutama pada anak-anak sedang tidur ..

Sunday, January 15, 2012

Insan kerdil

Assalamualaikum.


Manusia adalah insan kerdil yg cenderung melakukan kesilapan.
Manusia juga adalah insan lemah yang terkadang alpa ..


Oleh itu..
Kita memerlukan  rakan-rakan yang boleh memberikan menasihati .. 
kita  perlu berdamping  dengan rakan-rakan yang boleh
memberi teguran positif  ke arah kebaikan..

Komunikasi yang baik ..
bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim
menyuburkan semangat  tolong menolong dengan rakan-rakan..
malah menjadikan hidup kita lebih ceria dan bermakna.

Saturday, January 14, 2012

Kita adalah HambaNya..

Assalamualaikum..

Pernahkah anak2 merasa kecewa dan hampa kerana hajat tidak kesampaian...

Adakah anak2 terus-terusan menangis mengenang nasib yang tidak sebaik orang atau mahu mengambil jalan singkat yang tidak relevan...


Tidak dapat dinafikan, Kita memang merasa sedih  apabila didakap  kekecewaan dan kehampaan. Namun usahlah terbawa-bawa sehingga  perasaan itu mengganggu emosi dek terus-terusan melayaninya .....


Jangan terlalu taksub memikirkan perkara tersebut, atau terlalu taksub memikirkan tentang kelemahan diri..Lupakan kesedihan.


Seterusnya mulakan langkah baru. Aturlah perancangan. Tentunya kehidupan hari esok bermula pada hari ini. Kekuatan dan perancangan  hari ini menentukan kegembiraan hari2 yang akan dilalui..

Persediaan kita : Ambil tanggung jawab untuk menambah ilmu di dada, cari pengalaman sebagai persediaan untuk menempuh hari-hari mendatang...


Kita adalah hambaNya..bermakna perancangan juga banyak bergantung kepada-Nya. Tentu Ada hikmahnya jika perancangan kita tidak menjadi kenyataan. Sebagainya hambanya ..sumber doa merupakan  kekuatan untuk menempuh hari mendatang dengan cemerlang......Insya-Allah

Wednesday, January 11, 2012

Program Tahun 1 Dengan Guru Kaunseling

Pada Hari Selasa 10 Jan 2012, Program Tahun 1 bersama guru kaunseling telah diadakan. Program ini berlangsung  selama 1 jam  memuatkan  sedikit perkongian mengenai persediaan minda ketika  melangkah ke Tahun 1 yang merangkumi beberapa item seperti tersebut :
  • Berkenalan dengan guru kaunseling
  • Bidang  guru kaunseling
  • Asas-asas disiplin yang perlu dipatuhi
  • Peraturan-peraturan sekolah.
  • Sedikit tentang subjek yang dipelajari.
Permulaan pertemuan : Mengucapkan selamat datang 
kepada murid-murid Tahun 1
Berkenalan dengan guru kaunseling
Sedikit penerangan tentang asas-asas disiplin  dan peraturan  sekolah

Murid-murid juga diberi penerangan ringkas tentang subjek-subjek yang dipelajari
Sesi temuramah dengan murid-murid Tahun 1
Murid-murid juga menjalani aktiviti menyanyi    
supaya mereka tidak rasa jemu  sepanjang pertemuan tersebut.

Saturday, January 7, 2012

Hadiah Terbaik

Assalamualaikum..


Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah 'doa' .

Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah 'kemaafan' .

Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah 'kasih sayang' .
Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah 'al-Fatihah' .
Hadiah terbaik untuk ibubapa adalah 'kebaktian' .
Hadiah terbaik untuk isteri adalah 'penghargaan' .
Hadiah terbaik untuk suami adalah 'kesetiaan' .
Hadiah terbaik untuk anak adalah 'pendidikan' .
Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah 'kejujuran' .
Hadiah terbaik untuk Rasulullah s.a.w. adalah 'selawat' .
Hadiah terbaik untuk Allah s.w.t. adalah 'ketaqwaan'    

Renung-renungkan... selamat beramal

Monday, January 2, 2012

kita..

Assalamualaikum.


Adakalanya kita perlu menangis..
agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa..
Adakalanya kita ketawa.. 
agar kita mengerti betapa mahalnya nilai air mata..

Adakalanya  hati  disakiti 
 itu tandanya kita perlu  belajar  mengenal  erti tabah..
Adakalanya diri tidak diperdulikan.. 
 itu tandanya kita perlu belajar  berdikari..

Adakalanya  kita  dijatuhkan.. 
 itu tandanya kita perlu terus bangun ..
Adakalanya  kehidupan yang dilalui agak keras  
itu tandanya kita perlu belajar mengenal 
  erti tabah dan tawakal  

Siapa kita, dari mana kita.. 
dan ke mana kita selepas ini 
semua datang daripadaNya..
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012...

Sunday, January 1, 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru..

Assalamualaikum teman-teman dan anak-anak...

Selamat Tahun Baru..
Moga kehidupan 2012 menjadi lebih baik daripada hari2 semalamnya..
Didoakan agar segala impian yang ingin dicapai 
akan menjadi kenyataan yg menggembirakan 
di masa akan datang..ameen.