Saturday, December 31, 2011

Sampaikan Walau Satu Ayat.

Assalamualaikum teman-teman dan anak-anak..

Seringkali kita beranggapan bahawa melakukan dakwah itu adalah individu-individu yang pakar dalam bidangnya seperti ustaz, ustazah, guru agama, para cendekiawan dan sarjana Islam.

Namun sesungguhnya dakwah adalah menyeru kepada kebaikan. Oleh itu ia wajib dilakukan oleh setiap Muslim. Seperti firman Allah bermaksud  'Hai anakku, dirikan solat, dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah) :Luqman, 31:17


Seterusnya firman Allah bermaksud 'Kamu adalah umat  terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah (Ali Imran, 3:110).


Setiap muslim walau apa pun  profesion, memiliki kewajipan yang sama untuk menyeru kepada kebaikan. Seperti yang disabdakan oleh Rasullah SAW 'Sampaikanlah dariku, walaupun hanya satu ayat'

sekian, wassalam.

Wednesday, December 28, 2011

Bicara Dengan-Nya...

Assalamualaikum 
anak-anak..

Bicara dengan-Nya
Ditemukan kelapangan..
Menghilang keresahan..

Bicara dengan-Nya..
Ditemukan ketenangan
Saat dihimpit kegundahan..
Jiwa lega dihambat kesakitan..

Bicara dengan-Nya
Mencari keredhaan
Merenung kebesaran...
Menemukan pengajaran.


P/S : Mari kita menghayati sajak ini..
moga kita sentiasa  diberkati dan dirahmati-Nya..

Saturday, November 19, 2011

Permohonan Ke MRSM

Perhatian kepada pelajar-pelajar cemerlang UPSR, 2011.

Majlis Amanah Rakyat (Mara) mempelawa pelajar-pelajar tahun 6, 2011 untuk kemasukan Tingkatan 1 2011,MRSM di seluruh semenanjung Malaysia.

Pelajar yang berminat boleh menghubungi Pejabat Mara yang berhampiran dan datang sendiri bersama penjaga mereka dengan membawa  salinan surat beranak,  dan salinan keputusan peperiksaan UPSR yang telah disahkan.

Anak-anak juga perlu mengisi borang secara online.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA :
http://www.mara.gov.my  
Tarikh tutup permohonan secara online pada 30 November 2011
Tarikh akhir menghantar borang permohonan pada 5 Disember 2011.


 kenangan bersama dengan pelajar-pelajar yg mendapat keputusan cemerlang UPSR 2011..
Tahniah..tahniah.....Amirul, Umar, Hidayat, Haziq, Syazwan, Munir dan Haziq..
Kegembiraan jelas terbayang di wajah mereka yang berjaya mencapai keputusan cemerlang.
Alhamdulillah..

Wednesday, September 28, 2011

Program: Belajar sambil Melawat..

Assalamualaikum anak-anak dan teman-teman..

Pada Hari Jumaat, 23 September yang lalu,  PRS, Ahli Kelab Bimbingan dan Kaunseling dan Perpustakawan telah mengikuti Program Belajar sambil Melawat di Cameron Highlands dan K.Lumpur.

Syukur Alhamdulillah,   cuaca ketika itu sangat baik membolehkan kami  merancang perjalanan mengikut jadual yang disediakan selama 3 hari 2 malam..

Tempat kunjungan kami di Cameron Highlands ialah Ladang Teh di Cameron Valley, Kia Farm, Pasar Berincang, Ros Farm, Bee Farm..
Melihat ladang teh di Cameron Valley..


Menginap di Ros Chalet, berhampiran dengan Ros Valley...
Buah-buah strawberry  di Pasar Berincang ...
Antara guru pengiring yang memantau anak-anak murid dalam lawatan kami...
Di Pasar Berincang...berjenis sayur dan buah-buahan dijual..

Di Ros Valley..terdapat pelbagai  cenderahati yang boleh didapati di sini...
Di Bee Farm..sebuah ladang ternakan lebah, 
yang menghasilkan madu yang berkualiti...
Murid-murid leka melihat ikan-ikan berenang dalam kolam di Ladang Lebah..
Pernah minum air gingseng,
sejenis tumbuh-tumbuhan yang kaya dengan khasiat kesihatan...
inilah dia rupa bentuknya...

PETANG SABTU...
Kami sampai  dan bermalam di Kuala Lumpur..Antara tempat-tempat yang sempat dikunjungi di Kuala Lumpur ialah di Menara Kuala Lumpur dan Petrosains di Suria KLCC dan Rumah-rumah tradisional yang berhampiran di situ.

Sebelum memasuki rumah2 tradisional..melalui taman ini..
pelbagai jenis rumah tradisional ...



Di PETROSAINS di Suria KLCC...
-Menaiki  Dark Ride untuk merentas simple hutan, lautan dan angkasa.
-Melihat ratusan bahan pameran  dan program interaktif ..
-Pelbagai rekacipta teknologi sains yang membantu kehidupan manusia..
-Terdapatnya info tentang hasil-hasil bumi seperti petroleum.
-Informasi tentang gempa bumi
-Geotime Diorama: melihat haiwan jutaan tahun di zaman silam  seperti dinosaur.
-Menghayati filem 3D
Selama 3 jam di sini....



Murid-murid yang berada di dalamnya ini sedang diuji...
 seolah-olah sedang berdepan dengan ribut tropika... 
memasang alat-alat ganti kereta mainan 
sebelum berlumba kepantasan...
filem 3D...
Lawatan selama 3 hari 2 malam...
membuka minda untuk melihat keadaan di luar daerah.....

Monday, September 19, 2011

Pertandingan' Kesan Rokok..'

Assalamualaikum anak-anak..

Pada minggu lepas, telah diadakan pertandingan menulis esei 'Kesan Rokok Kepada Kesihatan' di Kelas 5 efektif. Oleh itu, saya umumkan keputusan pertandingan tersebut.
Tempat pertama Rohana Amirudin
Tempat kedua : Mariatul Qibtiyah
Temat Ketiga : Noraini Bte Tugirin

Saguhati:
Muhd Akmal Hanif b. Azman,
Adibah Khairina Huda,
Nadia Natasha
Azzah Humairooh Binti Othman Zailani.

Pertandingan ini  bertujuan untuk melatih anak-anak melahirkan idea-idea bernas,  peka kepada bahaya dan kesan merokok, melatih anak-anak mencari dan mendapat banyak maklumat mengenai kesan merokok seterusnya dapat menghindari diri daripada gaya hidup yang tidak sihat .

Berikut disiarkan karangan yang mendapat tempat pertama :

Tabiat merokok membawa kesan negatif  kepada kesihatan. Asap rokok mengandungi 4000 bahan kimia  merbahaya yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti koronari jantung, kanser paru-paru, brokintis kronik dan emfisima.

Tembakau yang ada dalam rokok juga menjadi penyebab bagi 90% kes kanser paru-paru rosak,75% kerosakan brokitis kronik dan emfisima serta 25% serangan kronori jantung. Penyakit-penyakit ini amat merbahaya.

Asap rokok mengandungi karbon monoksida yang bertindak membawa bahan beracun ke dalam darah yang boleh mengurangkan kecerdasan fizikal.

Kesan lain juga menyebabkan kadar denyutan meningkat. Rokok mengandungi bahan nikotin dan tar. Nikotin boleh menyebabkan ketagihan dan mengecutkan saluran darah.Tar boleh menyebabkan kanser.

Banyak kesan yang  tidak baik apabila mengambil rokok oleh itu, perlu membiasakan diri dengan gaya  hidup sihat  dan jauhi daripada amalan menghisap rokok.

Saturday, September 17, 2011

Tahniah..

Assalamualaikum anak-anak dan teman-teman..


Pada Hari Khamis, 15 September 2011,  pelajar-pelajar  SKTMR2 telah menyertai pertandingan Pertuturan berirama Peringkat Negeri Johor.


Alhamdulillah ...Mereka  membawa berita gembira kerana telah berjaya menjadi Johan Pertuturan Berirama Peringkat Negeri Johor.


Kepada semua, terutama mentor dan pelajar-pelajar yang terlibat ,  tahniah dan syabas diucapkan di atas kejayaan ini.


Sesungguhnya  keazaman dan kecekalan kalian akhirnya menghasilkan sesuatu pengalaman yang  bermakna kepada diri anda seterusnya  memberikan kegembiraan kepada semua warga sekolah..tahniah..

Tuesday, September 13, 2011

Selamat menjalani UPSR..

Assalamualaikum teman-teman dan anak-anak..

Pada 13 September 2011 adalah hari pertama bagi anak-anak yang menduduki  UPSR.

Di sini cikgu  ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat  menjalani peperiksaan tersebut .

Hadapilah dengan hati yang tenang, moga Allah sentiasa mempermudahkan urusan, memberkati  usaha dan penat lelah ketika menimba ilmu pengetahuan..

Kepada Dia kita berserah, bertawakal dan berdoa..

Moga kecemerlangan akhirnya dapat diraih...

Berikut merupakan majlis Tahun 6  yang disambut sebelum UPSR..

Majlis Restu Ilmu yang diadakan pada hari 8 September..
Disempurnakan oleh Pn Zainab Abu Bakar, Guru Besar SKTMR2..

Memohon restu dan doa guru-guru..
moga ilmu yang dicurahkan mendapat keberkatan....

Murid-murid beratur untuk bersalaman dengan guru-guru..

Selamat menjalani peperiksaan...SEMOGA BERJAYA..