Satu Kursus Kepimpinan telah dianjurkan
untuk memberi pendedahan
dan perkongsian pengalaman kepada murid-murid
supaya mereka mendapat kemahiran-kemahiran
yang boleh membantu dalam menjalankan tugas
dengan berkesan dan bertanggung jawab.
Kursus ini melibatkan
PRS, Pustakawan dan Ahli Kelab Bimbingan dan Kaunseling.
Tarikh :21 Mei 2011
Hari : Sabtu
Tempat :Dewan SK Taman Mutiara Rini 2, Johor Bahru
Masa : 7.30 pagi – 4.00 petang
Penceramah :
kumpulan daripada TGH Training Services, JB.
Rasional
Pendedahan ini bertujuan :
- Berkeyakinan dan berketrampilan diri yang tinggi
- Mempunyai sahsiah kepimpinan yang tinggi
- Mahir menguruskan masa dengan berkesan;
- Mengamalkan ciri-ciri kepimpinan yang baik agar dapat menjadi pelajar
yang cemerlang dan berkeyakinan.
- Mengamalkan ciri-ciri kepimpinan yang baik agar dapat menjadi pelajar
yang cemerlang dan berkeyakinan.
OBJEKTIF
- Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan progresif
- Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan bekerjasama secara berkesan supaya berkeyakinan untuk menjalankan tugas.
- Pengukuhan sikap positif;
- Penerapan dan pengukuhan nilai-nilai murni;
- Mengeratkan perpaduan, pemupukan semangat patriotisme
Menerokai tugasan secara berkumpulan
memerlukan penglibatan semua ahli.
Ringan sama dijinjing
berat sama dipikul.
kata-kata hikmah daripada penceramahAhli PRS dan Pustakawan sedang tekun mengikuti kursus.
Sedikit amanat daripada penceramah..
Pembentangan hasil kerja murid daripada setiap kumpulan.
Pengakhir bicara , En Halim menyampaikan sedikit sumbangan sebagai penghargaan.
No comments:
Post a Comment