Thursday, April 14, 2011

Membina Sahsiah Cemerlang

Selain daripada mengikuti aktiviti-aktiviti yang agak  lasak di Kem Jati Diri , Tiram Indah Village , Ulu Tiram  murid-murid Tahun 6 berpeluang untuk mendengar ceramah yang bertajuk Membina Sahsiah Cemerlang. Ceramah ini di sampaikan oleh  En. Ahmad Nizam Othman pada hari ke tiga, Ahad 3 April 2011 jam 10.30 pagi 


Antara pesanan  beliau :
* Mengawal tingkah laku, perbuatan dan percakapan .

*Nafsu dan akal adalah sesuatu yang berbeza. 
Akal dapat memandu ke arah yang lebih positif
     Oleh itu manfaatkanlah akal  dengan sebaik-baiknya.
Nafsu  perlu dikawal kerana ia
     boleh merosakkan diri sekiranya tidak berhati-hati.

*Menjadi anak yang baik .

*Semua orang tidak mahukan kegagalan. 
Oleh itu, penuhi ilmu di dada agar menjadi menjadi
     anak-anak cemerlang bukan sahaja dari aspek tingkah laku tetapi juga akademik.

*Perlu pandai memilih rakan.
 Pilih  yang baik serta terapkan ke dalam diri semangat setia kawan. 
     Teman yang baik sanggup bersama ketika susah dan senang.

*Kita perlu menghormati guru dan ibubapa.

  

No comments:

Post a Comment