Sunday, January 3, 2010

Berbelanja Menjelang Persekolahan

Hari persekolahan sudah hampir tiba. Anak-anak kita tentunya telah bersedia untuk kembali ke sekolah.


Bagi ibubapa yang belum pun membeli kesemua peralatan sekolah, masih ada masa lagi untuk berbuat demikian di dalam minggu ini.


Elakkan dari membudayakan sikap boros dan membazir. 


Tidak semua keperluan sekolah perlu dibeli baru. Pakaian, beg sekolah dan alat-alat tulis lama yang masih boleh digunakan tidak perlu dibeli baru. Tidak semestinya membelikan buku-buku teks yang baru untuk anak-anak, sekiranya tidak mendapat bantuan buku teks. Buku-buku teks terpakai anak-anak jiran atau saudara mara yang akan melangkah ke kelas yang lebih tinggi boleh digunakan.



Tentunya ibubapa tidak terlalu ghairah berbelanja sehingga mengabaikan amalan menjadi pengguna yang bijak.Oleh itu bagi mereka yang suka berbelanja di saat akhir, beberapa panduan ini boleh membantu anda:


  • Senaraikan barangan yang hendak dibeli mengikut keperluan.

  • Buat perbandingan harga, mutu, khidmat selepas jualan, dan sebagainya.

  • Jangan mudah terpengaruh dengan iklan.

  • Utamakan pembelian barangan buatan Malaysia.

  • Amalkan sikap tawar-menawar.

  • Beli ikut keperluan bukan ikut perasaan.

  • Elakkan dari berhutang.

  • Elakkan pembaziran.

Sebagai ibubapa sememangnya kita mengutamakan pembelian keperluan persekolahan anak2.Namun
Berbelanjalah dengan penuh bijaksana agar  pembaziran tidak berlaku .Pastikanlah keperluan yang dibeli itu benar2 akan digunakan.


SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.


No comments:

Post a Comment