Sunday, December 13, 2009

Aktiviti cuti

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak-anak kita
semasa musim cuti sekolah:- 


Days Images Free Pics Days Pictures
  • Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, jogging, berkebun, mengajar memasak dan bertukang kayu.
  • Melancong dan melawat tempat-tempat yang menarik di seluruh negara bersama anak-anak. Kalau anda kurang mampu, bawalah anak-anak berkelah ditepi pantai atau taman rekreasi.
  • Menonton bersama anak-anak. Apabila menonton televisyen bersama, bincang dengan anak-anak rancangan yang ditonton serta iklan-iklan yang disiarkan.
  • Makan bersama semua ahli keluarga. Ahli-ahli keluarga berpeluang menjalinkan kemesraan pada waktu makan.
  • Pergi perpustakaan awam yang berhampiran tempat anda, bawalah anak-anak ke sana dan tanamkan tabiat membaca.
  • Kalau anda mempunyai kemudahan internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama anak-anak.
  • Menggalakkan anak-anak menghadiri aktiviti-aktiviti sihat seperti kelas bela diri, sukan dan permainan, kembara dan lawatan,kelas-kelas bercorak agama dan motivasi.
  • Bersolat berjamaah bersama-sama.


No comments:

Post a Comment