Assalamualaikum
Wednesday, March 6, 2013
Tuesday, March 5, 2013
Anak-anakku, Jika Kau..
Assalamualaikum..
Anak-anakku...Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak, maka rawatlah hati-hati manusia yang kian terpesong jauh daripada agama tercinta.
Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak, maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.
Anak-anakku...
Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak, maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.
Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak, ...maka pertahankanlah Islam di mata dunia.
Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak, maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.
Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak, maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri Tuhan yang Maha Pencipta.
Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak, maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.
Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak, maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH itu lebih mewah daripada segala-galanya.
Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak, maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka.
Labels:
kata-kata positif
Wednesday, January 30, 2013
Hikmah Surah-surah..
Assalamualaikum..
Semalam mendengar ceramah dalam satu majlis keibubapaan. Ada input-input yg menarik untuk dikongsikan tentang surah-surah yg boleh diamalkan oleh ibubapa untuk mendidik anak-anak mereka..Antaranya;
- Surah Insyirah- cerdik/ dipermudahkan urusan
- Surah Toha - Patuh/lembutkan hati anak.
- Surah Ibrahim (ayat 40) -rajin
- Surah Assyurah (19) - Ikut perintah
- Surah Al Fatihah - kebajikan anak
- Surah Al kafhi (15) - bermasalah
- Surah Ar Ra'ad (31) - anak yg cepat bosan/keluar rumah
- Surah As Syafaat (100) - anak soleh
- Surah Yassin - Kebahagiaan dunia dan akhirat
- Surah Kursi - Kekuatan rohani anak
Pemakanan yang baik untuk anak2..
- Madu/kismis
- Kurma/ buah tin/ buah zaiton
- Susu segar / air masak
- Vitamin
- Gajus/ badam
- Roti/ daging..
Labels:
doa
Friday, January 25, 2013
Pesanan Buat Anak-anak
Assalamualaikum....
Beberapa pesanan buat anak-anak..
moga bermanfaat..
Duhai anak-anak..
tak perlu menjadi org lain kerana kamu pun ada kelebihan
dan keistimewaan tersendiri..
Anak-anak...
Binalah ketenangan dengan zikir dan doa..
In sya-Allah akan terpancar sinar di sudut hati
Duhai anak-anak....
seorang pemenang bukan tak pernah gagal..
tetapi tidak pernah menyerah
Anak-anak....
setiap kesilapan itu boleh dipelajari
supaya menjadi lebih baik di masa-masa akan datang..
Labels:
nasihat
Tuesday, December 11, 2012
Mari membaca Al Fatihah
Assalamualaikum..
Mari kita memulakan tugas harian kita dengan bacaan Al-Fatihah
ditujukan untuk ibubapa dan diri sendiri..
dengan berkatnya..
moga rezki tak putus-putus..
moga sentiasa mendapat rahmat dan hidayah-Nya..
amin..
Labels:
doa


