Monday, May 17, 2010

Buat Semua warga pendidik

dedikasi buat kelian
Selamat menyambut Hari Guru
Moga anda bahagia selalu..
Serta dilindungi dan
diberkati  Allah 
dalam meniti kehidupan 
sebagai warga pendidik. ..

Saturday, May 15, 2010

BENGKEL MENJAWAB MATEMATIK

BENGKEL MENJAWAB MATEMATIK UPSR
PADA: 8 MEI 2010
HARI: SABTU
DEWAN PEPERIKSAAN SKTMR2
MASA: 10.30 PG-12.30 PG
Cikgu Khairul sedang menguji pemasangan PA sistem..
untuk memastikan agar semua peralatan berfungsi dengan baik..

Sebelum memulakan bengkel,
murid-murid mendengar taklimat sesi pagi...

Bengkel dikendalikan oleh Cikgu Md  Daud  b.Ujang
 
Masih pada permulaan sesi...
Sudah mula menjawab soalan matematik kertas 1...
Tekun...
Guru-guru matematik tahun 6..
Gikgu Md Daud b.Ujang memberikan penerangan...

Guru Matematik, Pn Zakiah,  memberikan arahan kepada murid2..
....

...Penyampaian cenderahati kepada Cikgu Md Daud..
Disempurnakan oleh Pn Zainab bt.Hj Abu Bakar, Guru Besar SKTMR2
Bengkel selesai pada jam 12.30..murid-murid sedang menanti arahan
untuk beredar dari dewan

Sunday, May 9, 2010

TEKNIK MENJAWAB SOALAN BM

Program :Teknik Menjawab Soalan B.Malaysia

Diadakan pada 8 mei 2010
Hari Sabtu
jam : 7.30 hingga 10 .00 pagi
Di dewan Peperiksaan SKTMR2

 Permulaan..murid-murid tahun 6
telah berada di dewan peperiksaan seawal 7.30 pagi 
untuk mendengar sesi taklimat daripada cikgu Zulkpli Yahya guru BM tahun 6
Sesi Ceramah teknik menjawab soalan dimulakan pada pukul 8 pagi..


Di sampaikan oleh Pn. Noriah binti  Jidin
SK Taman Perling 3 , J.Bahru.

Pn. Noriah dan guru-guru B.M dalam sesi penulisan ..
untuk menguji kefahaman mereka..
murid-murid sebuk menulis dalam kertas yang diberikan..

 sedang tekun menjawab soalan bertulis...


Guru-guru tahun 6  membantu dan memberikan kerjasama ....

 En Zulkpli dan En ZaihamZary (Guru BM Tahun 6)
bersama-sama murid ketika program dijalankan..
Program belum tamat lagi...
sesi perbincangan dan soal jawab lisan diteruskan....
sebelum murid-murid keluar ke kantin untuk kudapan ..

Puan Salbiah Abu Bakar (Guru thn 6, BM) 
dan Puan Hjh Hashimah (GPK HEM)
Mereka bersama-sama pelajar untuk memberikan sokongan moral


Pada akhir sesi..
Puan Hajah Hashimah menyampaikan sedikit cenderahati kepada penceramah
terima kasih daun keladi..

Sunday, May 2, 2010

Kasih sayang anak terhadap Ibubapanya.

Entry Kali ini mengenai kisah nabi Musa iaitu mengenai kasih sayang anak terhadap ibunya...ikutilah cerita tersebut moga ianya menjadi iktibar kepada kita... 

KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI



Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.


Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". 

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursin kemudian mencari pemuda tersebut.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk maka beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut di sebuah  kampung. 


Setelah tiba, tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.

Haiwan itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah  dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.


Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. 

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.


Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. 

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah. 

Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL

Wednesday, March 31, 2010

KEM JATI DIRI

Pada 26, 27 dan 28 SKTMR2 telah mengadakan 
Program Kem Jati Diri di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.

 PIHAK SEKOLAH INGIN MERAKAMKAN  SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN  DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA :


PROF. MADYA DR. MOHD. ARIFFIN ABU HASSAN
(TIMBALAN PENGARAH, PEJABAT HAL EHWAL KORPORAT, UTM)

EN HASNI BIN SULAIMAN
(YANG DIPERTUA PIBG, SKTMR2)

DR.  ZAINORA BT. ZAINUR NOR
(AJK PIBG, SKTMR2)


AJK PIBG
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM), SKUDAI
AJK PENGELOLA PROGRAM KEM JATI DIRI UTM, SKUDAI
WARGA SEKOLAH SKTMR2
IBUBAPA DAN PENJAGA MURID-MURID SKTMR2

SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI.

SEKITAR RAKAMAN KEM JATI DIRI

Sekitar rakaman Kem Jati Diri ,UTM, Skudai
AKTIVITI: JELAJAH ILMU..
PEMBENTANGAN HASIL KERJA OLEH MURID..
PEMBENTANGAN DARI MURID KUMPULAN B..
PEMBENTANGAN DARI MURID KUMPULAN C
BERBAKAT.
SESI PENERANGAN..
MENDENGAR PEMBENTANGAN..

Sunday, March 28, 2010

MENGINTAI AKSI GURU2 SEMASA KEM JATI ..

SEKITAR RAKAMAN FOTO GURU-GURU SKTMR2..
KEM JATI DIRI.......
 CIKGU NORASELAWATI  DAN MURID2..
USTAZ HAFIZ DAN CIKGU BOB SEMPAT MAIN GITAR..
FASILITATOR SEDANG MENYAMPAIKAN TAKLIMAT....
DARI KIRI IMAN DAN PN ZAINAB
CIKGU LASARUS  DI BELAKANG..
SEMUA SEDANG MENGUNTUM SENYUMAN.. 
PEMANDANGAN BLOG H25 DARI JAUH...
CIKGU SAIFUL DAN MURID2..... 
CIKGU ROHAYU DAN MURID2...
GURU-GURU SKTMR2.... 
DARI KIRI: CIKGU SAIFUL, USTAZ HAFIZ, CIKGU BOB, 
CIKGU ZAIHAM, CIKGU LASARUS, IMAN DAN PN ZAINAB..

DARI KIRI: FASILITATOR, EN. RAMLAN,CIKGU SAL DAN RAIF 
ANTARA PEMENANG PERTANDINGAN LDK..

CIKGU ZAIHAM, CIKGU SAL, IMAN DAN PN ZAINAB..

USTAZ HAFIZ BERSAMA PELAJAR.... 
USTAZAH ZAHARAH..
MAJLIS PENUTUPAN: 
UCAPAN PN ZAINAB,GURU BESAR SKTMR2
PN ZAINAB DAN PUAN TUTI...
PN TUTI SEDANG MERENUNG JAUH..
MENGINGATKAN PLAN PERBELANJAAN
SAT LAGI NAK SINGGAH  GERAI UTM (PESTA KONVO) 
GAMBAR ATAS:EN RAMLAN SEDANG MENYAMPAIKAN 
CERAMAH DALAM KUMPULAN..
MURID2 TEKUN MENDENGAR TAKLIMAT..
EN RAHMAN DAN PELAJAR2 SKTMR2..