Wednesday, June 19, 2013

Berdoa


"Allah suka akan orang yang bersungguh-sungguh dalam berdoa."


Perbanyakkan berdoa,
Allah Maha Mendengar.

Friday, June 7, 2013

Beautiful Things...


Wednesday, March 6, 2013

Doa Ibu

Assalamualaikum


Tuesday, March 5, 2013

Anak-anakku, Jika Kau..

Assalamualaikum..
Anak-anakku...
Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak, maka rawatlah hati-hati manusia yang kian terpesong jauh daripada agama tercinta.

Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak, maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.

Anak-anakku...
Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak, maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.

Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak, ...maka pertahankanlah Islam di mata dunia.

Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak, maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.

Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak, maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri Tuhan yang Maha Pencipta.

Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak, maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.

Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak, maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH itu lebih mewah daripada segala-galanya.

Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak, maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka.

Wednesday, January 30, 2013

Hikmah Surah-surah..


Assalamualaikum..
Semalam mendengar ceramah dalam satu majlis keibubapaan. Ada input-input yg menarik untuk dikongsikan tentang surah-surah yg boleh diamalkan oleh ibubapa untuk mendidik anak-anak mereka..Antaranya;

- Surah Insyirah- cerdik/ dipermudahkan urusan
- Surah Toha - Patuh/lembutkan hati anak.
- Surah Ibrahim (ayat 40) -rajin
- Surah Assyurah (19) - Ikut perintah
- Surah Al Fatihah - kebajikan anak
- Surah Al kafhi (15) - bermasalah
- Surah Ar Ra'ad (31) - anak yg cepat bosan/keluar rumah
- Surah As Syafaat (100) - anak soleh
- Surah Yassin - Kebahagiaan dunia dan akhirat
- Surah Kursi - Kekuatan rohani anak

Pemakanan  yang baik untuk anak2..
- Madu/kismis
- Kurma/ buah tin/ buah zaiton
- Susu segar / air masak
- Vitamin
- Gajus/ badam
- Roti/ daging..

Friday, January 25, 2013

Bersabarlah..

Assalamualaikum..
Duhai anak-anak..
bersabarlah kerana...

Pesanan Buat Anak-anak


Assalamualaikum....
Beberapa pesanan buat anak-anak..
moga bermanfaat..

Duhai anak-anak..
tak perlu menjadi org lain kerana kamu pun ada kelebihan
 dan keistimewaan tersendiri..

Anak-anak...
Binalah ketenangan dengan zikir dan doa..
In sya-Allah akan terpancar sinar di sudut hati

Duhai anak-anak....
seorang pemenang bukan tak pernah gagal..
tetapi tidak pernah menyerah

Anak-anak....
setiap kesilapan  itu boleh dipelajari
supaya menjadi lebih baik di masa-masa akan datang..