Wednesday, January 11, 2012

Program Tahun 1 Dengan Guru Kaunseling

Pada Hari Selasa 10 Jan 2012, Program Tahun 1 bersama guru kaunseling telah diadakan. Program ini berlangsung  selama 1 jam  memuatkan  sedikit perkongian mengenai persediaan minda ketika  melangkah ke Tahun 1 yang merangkumi beberapa item seperti tersebut :
  • Berkenalan dengan guru kaunseling
  • Bidang  guru kaunseling
  • Asas-asas disiplin yang perlu dipatuhi
  • Peraturan-peraturan sekolah.
  • Sedikit tentang subjek yang dipelajari.
Permulaan pertemuan : Mengucapkan selamat datang 
kepada murid-murid Tahun 1
Berkenalan dengan guru kaunseling
Sedikit penerangan tentang asas-asas disiplin  dan peraturan  sekolah

Murid-murid juga diberi penerangan ringkas tentang subjek-subjek yang dipelajari
Sesi temuramah dengan murid-murid Tahun 1
Murid-murid juga menjalani aktiviti menyanyi    
supaya mereka tidak rasa jemu  sepanjang pertemuan tersebut.

Saturday, January 7, 2012

Hadiah Terbaik

Assalamualaikum..


Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah 'doa' .

Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah 'kemaafan' .

Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah 'kasih sayang' .
Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah 'al-Fatihah' .
Hadiah terbaik untuk ibubapa adalah 'kebaktian' .
Hadiah terbaik untuk isteri adalah 'penghargaan' .
Hadiah terbaik untuk suami adalah 'kesetiaan' .
Hadiah terbaik untuk anak adalah 'pendidikan' .
Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah 'kejujuran' .
Hadiah terbaik untuk Rasulullah s.a.w. adalah 'selawat' .
Hadiah terbaik untuk Allah s.w.t. adalah 'ketaqwaan'    

Renung-renungkan... selamat beramal

Monday, January 2, 2012

kita..

Assalamualaikum.


Adakalanya kita perlu menangis..
agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa..
Adakalanya kita ketawa.. 
agar kita mengerti betapa mahalnya nilai air mata..

Adakalanya  hati  disakiti 
 itu tandanya kita perlu  belajar  mengenal  erti tabah..
Adakalanya diri tidak diperdulikan.. 
 itu tandanya kita perlu belajar  berdikari..

Adakalanya  kita  dijatuhkan.. 
 itu tandanya kita perlu terus bangun ..
Adakalanya  kehidupan yang dilalui agak keras  
itu tandanya kita perlu belajar mengenal 
  erti tabah dan tawakal  

Siapa kita, dari mana kita.. 
dan ke mana kita selepas ini 
semua datang daripadaNya..
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012...

Sunday, January 1, 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru..

Assalamualaikum teman-teman dan anak-anak...

Selamat Tahun Baru..
Moga kehidupan 2012 menjadi lebih baik daripada hari2 semalamnya..
Didoakan agar segala impian yang ingin dicapai 
akan menjadi kenyataan yg menggembirakan 
di masa akan datang..ameen.

Saturday, December 31, 2011

Sampaikan Walau Satu Ayat.

Assalamualaikum teman-teman dan anak-anak..

Seringkali kita beranggapan bahawa melakukan dakwah itu adalah individu-individu yang pakar dalam bidangnya seperti ustaz, ustazah, guru agama, para cendekiawan dan sarjana Islam.

Namun sesungguhnya dakwah adalah menyeru kepada kebaikan. Oleh itu ia wajib dilakukan oleh setiap Muslim. Seperti firman Allah bermaksud  'Hai anakku, dirikan solat, dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah) :Luqman, 31:17


Seterusnya firman Allah bermaksud 'Kamu adalah umat  terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah (Ali Imran, 3:110).


Setiap muslim walau apa pun  profesion, memiliki kewajipan yang sama untuk menyeru kepada kebaikan. Seperti yang disabdakan oleh Rasullah SAW 'Sampaikanlah dariku, walaupun hanya satu ayat'

sekian, wassalam.

Wednesday, December 28, 2011

Bicara Dengan-Nya...

Assalamualaikum 
anak-anak..

Bicara dengan-Nya
Ditemukan kelapangan..
Menghilang keresahan..

Bicara dengan-Nya..
Ditemukan ketenangan
Saat dihimpit kegundahan..
Jiwa lega dihambat kesakitan..

Bicara dengan-Nya
Mencari keredhaan
Merenung kebesaran...
Menemukan pengajaran.


P/S : Mari kita menghayati sajak ini..
moga kita sentiasa  diberkati dan dirahmati-Nya..

Saturday, November 19, 2011

Permohonan Ke MRSM

Perhatian kepada pelajar-pelajar cemerlang UPSR, 2011.

Majlis Amanah Rakyat (Mara) mempelawa pelajar-pelajar tahun 6, 2011 untuk kemasukan Tingkatan 1 2011,MRSM di seluruh semenanjung Malaysia.

Pelajar yang berminat boleh menghubungi Pejabat Mara yang berhampiran dan datang sendiri bersama penjaga mereka dengan membawa  salinan surat beranak,  dan salinan keputusan peperiksaan UPSR yang telah disahkan.

Anak-anak juga perlu mengisi borang secara online.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA :
http://www.mara.gov.my  
Tarikh tutup permohonan secara online pada 30 November 2011
Tarikh akhir menghantar borang permohonan pada 5 Disember 2011.


 kenangan bersama dengan pelajar-pelajar yg mendapat keputusan cemerlang UPSR 2011..
Tahniah..tahniah.....Amirul, Umar, Hidayat, Haziq, Syazwan, Munir dan Haziq..
Kegembiraan jelas terbayang di wajah mereka yang berjaya mencapai keputusan cemerlang.
Alhamdulillah..