Monday, October 25, 2010

Isu-isu Remaja Perempuan dan Cabarannya.

 (Program Selepas UPSR)
Pada 15 Oktober 2010
Hari Jumaat
8.00 pg hingga 9.50 pg
Di dewan Peperiksaan SKTMR2
Oleh Pn. Salbiah Bt. Lauto
Isu remaja perempuan dan cabarannya..Mengupas tentang :
-Siapa Remaja


-Haid dan penjagaannya
-Nasihat untuk para remaja perempuan
-Kesedaran tentang menjauhi : zina & sumbang mahram

Juga menyentuh tentang: 
cerita2 teladan

-Rumah - rumah perlindungan untuk remaja terlanjur.
-Kes pembuangan bayi yang tidak berdosa.

Friday, October 15, 2010

Pendidikan dan Pencegahan Dadah

Program Selepas UPSR (PSU)
Pada : Hari Jumaat yang lalu, 8 Oktober. 
Tempat : Bilik PPSMI.
oleh Pn Salbiah lauto
(Guru Kaunseling dan Guru Pendidikan Pencegahan Dadah SKTMR2 )
Ikrar anti dadah...
Bahawasanya kami rakyat Malaysia..
berikrar untuk menjauhkan diri
dari dadah, pada setiap masa, dengan.......

-Memenuhi masa lapang dengan kerja-kerja berfaedah.
-Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berguna dan berfungsi kepada masyarakat.
-Menjadi rakyat berilmu, berakhlak mulia dan mengamalkan cara hidup sihat dan cergas.
-Menyediakan diri untuk mengisi keperluan wawasan dan..
-Membantu segala usaha bagi membebaskan negara Malaysia dari ancaman dadah..

.....Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental @ emosi) serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan.Akibat daripada kesan tersebut individu akan terus bergantung keadanya menyebabkan ketagihan..........
 Pergantungan fizikal terhadap dadah.....
Keadaan badan penagih yang memerlukan dadah untuk menjalani proses fisiologi yang biasa dan jika penggunaan dadah diberhentikan akan menimbulkan gejala tarikan....

Pergantungan psikik/mental/jiwa...
gian atau desakan mengambil dadah secara berterusan bagi mengelak gejala tarikan......

 ...kesan pengambilan dadah secara suntikan..
-Meningitis (penyakit jangkitan otak)
-Tetanus (penyakit kancing gigi )
-Endokarditis (penyakit jangkitan Jantung)
-Aids,Hepatitis B,C dan D
-Bisul,kudis,kurap dan pelbagai penyakit kulit...

 ....
 ....Kesan pengambilan dadah melalui mulut.....
-kerosakan paru-paru dan hati..
-kerosakan sistem penghadaman
-kerosakan buah pinggang.
-otot mengecut menyebabkan badan lesu dan tidak bermaya.. 
-berat badan menurun..

Tanda-tanda penagihan boleh dilihat melalui perubahan rupa,kelakuan,corak pergaulan..contoh:
Daripada riang,rajin bercakap kepada pendiam,kecelaruan fikiran.
Daripada cergas, sihat kepada uzur dan kurang bermaya.
Daripada segak,yakin dan tabah kepada tertekan dan suka berputus asa.
Daripada suka menolong,memberi tumpuan kepada tidak pedulikan orang,lalai,tidak boleh harap
Daripada gembira dan optimistik kepada rungsing dan pesimistik.

Thursday, October 7, 2010

Program Gemilang :Pra UPSR

Program Gemilang Pra UPSR telah diadakan di SKTMR2 bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mempelajari teknik2 dan membiasakan diri dengan soalan berfomatkan UPSR .

Program ini diadakan selama beberapa hari di SK Taman Mutiara Rini 2 seperti tarikh berikut
  • 22 Julai 2010 - Matematik : En Fuad b. Ithnin  (SK Sikijang ,Gelang patah)
  • 30 Julai 2010 -Teknik Belajar Berkesan : Hj Ahmad Yassin Lauto  ( SMK Taman Universiti)
  • 31 Julai 2010 - B.Malaysia : Pn. Salina Sharif  ( Sk Taman Sri Pulai)
  • 31 Julai 2010 - Sains : En. Zulkiflee B. Miswan (SK Taman Tampoi Utama)
  • 7 Ogos 2010 - B.Inggeris : Puan Irene Rachael ( Sk Taman Tun Aminah 2)

Puan Irene Rachael ( B.Inggeris)

Pn Salina Sharif : Bahasa Melayu

Hj Ahmad yassin Hj Lauto : Teknik Belajar Berkesan..

En Zulkiflee Miswan (Sains)


En Fuad Ithnin (Matematik)

Wednesday, September 15, 2010

Selamat..selamat..selamat...

 Khusus untuk pelajar2 SKTMR2..

Kepada anak2 murid cikgu, 
ada dua mesej yang ingin saya sampaikan.


Pertama, Saya ingin mengucapkan Selamat menyambut hari raya pada semua terutama kepada pelajar-pelajar SKTMR2 . Semoga kemeriahan Hari Lebaran kali ini, dapat dinikmati bersama ahli keluarga, sahabat handai dan rakan taulan. Sematkan keikhlasan di hati untuk berkunjung ke rumah mereka serta  bermaaf-maafan bagi mengeratkan dan mengekalkan silaruturrahim .


Bagi calon-calon UPSR pula, diucapkan SELAMAT MENJALANI  UPSR, hadapi situasi tersebut dengan tenang dan tabah, sama-samalah kita berdoa, semoga beroleh keputusan yang terbaik, insyaAllah.

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadan

Salam. Unit B & K dengan ini ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh ahli keluarga SKTMR2, para ibu bapa SKTMR2 dan rakan2 lain yang dikenali. Moga kehadiran bulan yang mulia ini dapat kita hayati  sepenuhnya.
RAMADHAN yang ditunggu-tunggu  membawa sinar  penerang hati. Seluruh umat Islam sejati  tentunya sudah  ternanti-nanti dan  rindukan amalan yang lazimnya dilakukan di bulan puasa  seperti bersahur, buka puasa, malah ada yang teringat akan malamnya yang kudus itu. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183)

Sesungguhnya pada puasa itu mempunyai hikmah yang nyata, faedah-faedah yang besar, sunnah dan adab-adab yang banyak. Bertuahlah sekelian muslim jika mereka diberi nikmat memperolehi faedah dan fadilat puasa yang  telah dinyatakan di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah.

Tarawih dan solat malam sudah tentu akan dilaksanakan dan mungkin diselangi tadarrus kerana  ingin menjadi hamba-Nya yang ikhlas dan tulus. 

Permulaan itu rahmat, pertengahannya pengampunan dan penghujungnya terlepas dari api neraka. Inilah yang ingin dikejar sesiapa saja yang inginkan penghabisan usia yang baik. Yang bersalah memohon maaf, yang sombong menghulur senyum, yang jahat mula bertaubat, yang malas menyinsing lengan, yang takbur kembali sujud memohon keampunan, memohon pelepasan dari dosa yang terhimpun sekian lama.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan ia banyak menyebut Allah. (al-Ahzab: 21).

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.

' SALAM RAMADAN Al-Mubarak'. Sekian.

Friday, July 23, 2010

Kursus Pengurusan Sahsiah Guru

Kursus Pengurusan Sahsiah Guru telah diadakan:
Tarikh: 22 Julai 2010
Hari : Khamis
Tempat : Bilik Mesyuarat SKTMR2
Masa : 1.30 - 4.30 ptg

ceramah disampaikan oleh En Jamaluddin Bin Rahman
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
Johor Bahru.

'Ceramah Profesionalisme Membugar Integriti  Memacu Tranformasi'
Itulah tajuk ceramah yang disampaikan beliau.

.....Seruan YAB Perdana Menteri 
supaya semua sektor perkhidmatan awam 
membudayakan ' High-Performance Work Culture'......

For the tranformation to take place, we must change our...
belief, way of thinking, attitude, action...

fokus....Integriti berkait rapat dengan 
pembentukan dan pengukuhan etika yang baik...

 ...Isu dan cabaran guru ....
.....Kepimpinan berkesan adalah satu proses 
bagaimana seseorang mempengaruhi orang lain 
supaya melaksanakan tugas dengan rela demi pencapaian matlamat organisasi....

Pengurusan 5p guru ialah
Pra pengajaran (kawalan kelas), 
pengajaran (berpusatkan guru), 
pembelajaran (berpusatkan murid), 
penilaian (latihan,kuiz,ujian) 
dan pengukuhan (kerja rumah)..

 ....Pemimpin pengajaran dan pembelajaran (guru)
perlu memiliki tahap kepakaran........

 di akhir kursus....Penyampaian cenderahati..
tanda penghargaan kami..

 Terima kasih daun keladi..
ada masa kami ingin berkongsi ilmu lagi.....

Friday, July 9, 2010

Program Kerohanian-bacaan Yasin

Seperti biasa program kerohanian-bacaan Yasin 
diadakan pada setiap Jumaat di surau SKTMR2. 
Sebelum bacaan yasin dimulakan, 
para pelajar berselawat ke atas 
Junjungan Nabi Muhammad S.A.W
murid-murid perempuan tahun 6 semasa di surau..
Murid-murid meletakkan botol air di hadapan mereka..
momohon keredaan dan keberkatan Allah..
Betafakur sebentar sebelum memulakan bacaan Yasin.
Masih menunggu ketibaan guru-guru lain sebelum memulakan ....
Memohon doa dan keberkatan daripada yang Maha Esa..
Ustaz Hafiz mengetuai bacaan yasin guru-guru 
dan  murid-murid tahun 6
dari kiri Ustazah Liza, Ustazah Ziana, Ustazah Imah, 
Ustazah Zara dan Cikgu Sal

sempat snap gambar2 mereka selepas tamat program
Bergambar dengan ustaz dan ustazah SKTMR2
selepas program kerohanian selesai..