Sunday, July 31, 2011

Program Asak Minda

Assalamualaikum ..
kepada anak-anak dan teman-teman..

Terlebih dahulu diucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak. Semoga kehadirannya yang penuh keberkatan dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjalani amalan2 kelaziman utk mengukuhkan keimanan dan ketakwaan kita kepadaNya...

Anak-anak,
Makna  berpuasa itu luas pengertiannya jika ia dihayati...bukan shj menahan diri drp makan dan minum..tapi membersihkan hati nurani dengan sifat2 mazmumah..atau sifat2 yg negatif..Moga ia dapat dilakukan dengan hati yang ikhlas ...

Telah lama tersimpan foto2 Program Asak Minda. Program ini merupakan program akademik yang diadakan pada 28 dan 29 Mei 2011. lambat pula nak post di sini. Program Asak minda yang dijalankan di Sekolah mengambil masa selama dua hari satu malam bertujuan untuk mendedahkan anak2 kepada teknik-teknik menjawab soalan UPSR secara intensif...Mengembeling semua tenaga guru-guru mata pelajaran untuk mengajar anak-anak yg berada di Tahun 6..

Alhamdulillah semua telah disempurnakan dengan baik..
Teknik Menjawab Matematik
 disampaikan oleh En. Mohd. Fuad B. Ithnin, 
SK Skijang pada  hari pertama 28 Mei 2011 
 Teknik menjawab soalan B.Malaysia 
diadakan pada sebelah malam..
 Ceramah B.Malaysia UPSR 
dikendalikan oleh Encik Azhar b. Saleh.
 fokus...
 Semua murid-murid bersolat hajat di surau SKTMR2
 yang dipimpin oleh Ustaz Zkyruddin
 Merihatkan minda dengan menikmati makanan BBQ di kantin sekolah..
pada sebelah malamnya..
 En.Halim Seratang, mantan GPK Kokurikulum 
sempat memeriksa dan memantau PA Sistem sebelum ceramah berlangsung

 Slot Sains.....En.Rahman memberi taklimat kepada semua murid sebelum menjalani
LDK pada hari kedua kelolaan guru-guru Sains , SKTMR2..

 Slot Matematik....
sebelum LDK dijalankan perlu mendengar taklimat guru...
 Sesi pertemuan dengan ibubapa yang diadakan pada sesi akhir hari kedua.
En Zulkpli sebagai pengacara majlis...
 Program Motivasi bersama ibubapa..
pada sesi akhir Program Asak Minda ,  pada hari kedua..
Bersama ibubapa dalam program motivasi...

Thursday, July 28, 2011

Q-Math

Assalamualaikum anak-anak dan teman-teman..
Apa khabar semua, moga kita sentiasa sihat sejahtera.
lama saya tak kemaskini blog ini.


Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang penting untuk dikuasai.Oleh itu guru-guru sentiasa berinisiatif serta berusaha untuk mempertingkatkan kecemerlangan mata pelajaran ini setiap tahun.


Beberapa minggu lalu..cikgu sempat merakamkan foto Program Q-Math yang diadakan di sekolah pada 7 Julai 2011.. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian murid-murid dalam bidang matematik..
Murid-murid 1 hingga Tahun 5 di SKTMR2 sempat menyertai Program Q-Math ini.
Semoga pembelajaran intensif ini juga  boleh membantu untuk menambah bilangan murid berminat dalam  matematik serta dapat menguasai mata pelajaran ini sepenuhnya..