Assalamualaikum.
Anak-anak...
Bagi yang suka
kerja-kerja kemahiran, anak-anak boleh menyambung pelajaran di
Kolej Vokasional di seluruh negara untuk mendapatkan kemahiran tertentu ..
Sama seperti institusi lain, di sini pun anak-anak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran apabila memperoleh
Sijil Kemahiran Malaysia kelak yg setaraf dengan SPM...
Memilih bidang yang diminati adalah keutamaan anak-anak dan apabila keluar, kemahiran yang diperoleh boleh melatih diri menjadi
usahawan atau bekerja dengan
syarikat-syarikat tertentu dengan
gaji yang lumayan setaraf dengan ahli profesional yang lain...
Sekarang,
terlalu banyak kolej Vokasional di bawah kementerian Pendidikan Malaysia di seluruh Malaysia. Rebutlah peluang ini. Cuba
google untuk mendapatkan maklumat-maklumat lebih lanjut . Anak-anak juga dinasihatkan untuk mendapat pandangan daripada ibubapa.
Antara bidang-bidang kursus yang ditawarkan...
1. Teknologi Automatif
2. Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman Udara
3. Pemesinan Industri
4. Teknologi kimpalan
5. Teknologi binaan
6. Teknologi Elektrik
7. Teknologi Elektronik
8. Fesyen dan Pembuat Pakaian
9. Seni kulinari
10. Kosmetologi
11. Hortikultur Hiasan
12. Landskap
13. Mekanisasi Agro
14. Agroindustri Tanaman
15. Agroindustri Ruminan
16. Agroindustri Ternakan Poltri.
Pilih bidang yang diminati...
Tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, anak-anak cuba
google untuk capaian informasi mengenai kursus-kursus yang ditawarkan.
Dalam rangka lawatan ibu ke Kolej Vokasional tempoh hari, Ibu berpeluang melihat pelajar-pelajarnya sendiri.
Kaedah pengajaran yang disampaikan sangat menarik kerana pelajar-pelajarnya berpeluang mendapatkan ilmu melalui teori dan praktikal.
Selamat belajar.
Ingatlah, Anak-anak adalah warisan dan harapan negara di masa hadapan..