Program kaunseling dan penerapan nilai murni amat diperlukan dalam institusi kekeluargaan.
Nilai kekeluargaan juga perlu dipupuk sebagai perisai dan pelindung daripada gejala negatif yang melanda anak-anak kita.
Kurang bimbingan, kasih sayang dan perhatian menyebabkan anak-anak kita mengalih pandangan kepada rangsangan luar dan gejala sosial yang boleh membawa impak yang kurang sihat.
Kita sebagai ibubapa perlu peka kepada kualiti ikatan kekeluargaan. Langkah menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak penting untuk membangunkan masyarakat yang kuat, stabil dan kukuh.
Peningkatan motivasi dan nilai murni yang berterusan akan meningkatkan kesedaran anak-anak akan tanggungjawab terhadap diri, ibu bapa, masyarakat serta negara.
Nilai seperti taat, setia, hormat-menghormati, kesabaran, toreransi, harga diri perlu diterapkan melalui lagu, nasid, ceramah, nasihat dan lain-lain medium supaya nilai-nilai kemanusiaan dapat dipupuk.
Nilai kemanusiaan yang kuat dan ikatan kekeluargaan yang mantap dapat membangunkan situasi dan suasana harmoni, yang membawa kepada kemakmuran dan keamanan.
No comments:
Post a Comment