Thursday, April 14, 2011

Membina Sahsiah Cemerlang

Selain daripada mengikuti aktiviti-aktiviti yang agak  lasak di Kem Jati Diri , Tiram Indah Village , Ulu Tiram  murid-murid Tahun 6 berpeluang untuk mendengar ceramah yang bertajuk Membina Sahsiah Cemerlang. Ceramah ini di sampaikan oleh  En. Ahmad Nizam Othman pada hari ke tiga, Ahad 3 April 2011 jam 10.30 pagi 


Antara pesanan  beliau :
* Mengawal tingkah laku, perbuatan dan percakapan .

*Nafsu dan akal adalah sesuatu yang berbeza. 
Akal dapat memandu ke arah yang lebih positif
     Oleh itu manfaatkanlah akal  dengan sebaik-baiknya.
Nafsu  perlu dikawal kerana ia
     boleh merosakkan diri sekiranya tidak berhati-hati.

*Menjadi anak yang baik .

*Semua orang tidak mahukan kegagalan. 
Oleh itu, penuhi ilmu di dada agar menjadi menjadi
     anak-anak cemerlang bukan sahaja dari aspek tingkah laku tetapi juga akademik.

*Perlu pandai memilih rakan.
 Pilih  yang baik serta terapkan ke dalam diri semangat setia kawan. 
     Teman yang baik sanggup bersama ketika susah dan senang.

*Kita perlu menghormati guru dan ibubapa.

  

Friday, April 8, 2011

Malam Penghayatan...

MALAM PENGHAYATAN  adalah salah satu slot yang diadakan pd malam kedua KEM Jati Diri iaitu pada Sabtu 2 April 11.00 pm di Tiram Indah Village...

Malam Penghayatan oleh En Abd Rahman b.Ali Abu Bakar
Cikgu SKTMR2

Murid-murid berkumpul di dewan...lampu dimatikan dan mereka disajikan dengan lagu tema ibubapa serta berpeluang mendengar dan menghayati sedikit cerita mengisahkan  suka duka ibu bapa membesarkan anaknya...

Seperti yang kita sedia maklum bahawa betapa banyaknya kesukaran yg telah dilalui oleh  ibubapa  untuk membesarkan anak . Cabaran , kesakitan, kepayahan dan kesusahan ....


Boleh digenaralisasikan bahawa perasaan dan pengalaman ibubapa membesarkan anak-anak adalah hampir  sama. Oleh itu,  penyampai ingin berkongsi dengan anak-anak ,   mengajak mereka  berfikir serta ingin menerapkan nilai-nilai murni  dengan merenung, mengingat serta mengenang kembali akan  pengorbanan ibubapa yang terlalu banyak dicurahkan ......

Melalui cerita yang disampaikan, anak-anak boleh memikirkan akan contoh pengorbanan yang tercurah. Menyediakan makanan, tempat tinggal, pelajaran dan tempat perlindungan. Ibu bapa tidak pernah  meminta balasan.... 

Oleh itu sebagai anak adalah penting  mengamalkan sikap menghormati org tua. Sudah tentu kegembiraan akan  terbayang pada wajah  mereka  apabila  anak-anak belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam kehidupan.......


Yang tersirat dan tersurat. Itulah sebenarnya yang ingin diterapkan dlm malam penghayatan itu....

Tuesday, April 5, 2011

Malam Kebudayaan Kem Jati Diri

Pada malam Kebudayaan di Kem Jati Diri, murid-murid telah menunjukkan bakat masing-masing. .Persembahan di bawah kelolaan En. Zaiham, Pn Miza, Pn Azratunisa . Turut membantu murid-murid ini ialah Pn Hema, Cik Sila, Cik Alia , Cik Su dan En Bob.
kumpulan Tunas Budaya SKTMR2 memulakan persembahannya
 pd mlm kebudayaan di Kem Jati Diri..

Kump :3

Kump : 2

Kump : 1

kump 5
kump 6
kump 7
Walaupun hanya menjalani  latihan beberapa jam dan  amat terhad,   murid-murid ini  mempamerkan sikap berani, bersemangat  dan bekerjasama  di dalam satu pasukan.. 

Monday, April 4, 2011

Aktiviti Rentas Halangan..

Aktiviti Rentas Halangan merupakan satu aktiviti yang perlu diikuti oleh murid-murid tahun 6 semasa kem Jati Diri untuk menguji ketahan minda dan fizikal..
melalui lubang tayar..
murid perempuan Tahun 6 menunggu giliran..
 memulakan cabaran..
melalui bawah tali...
merangkak melalui selut yang berair dan berlumpur.....
memaut tali sehingga sampai ke hadapan
melalui terowong..
berlari di atas tayar
melalui titian kayu..
menaiki dan menuruni tangga...
merangkak di bawah meja..
melompat di atas bangku
berlari di bawahnya..
masuk ke dalam tayar..
berlari di sini..
akhir sekali menyeberangi kolam dengan  memegang tali yang di sediakan

Sunday, April 3, 2011

Kem Jati Diri

Tempat :
TIRAM INDAH VILLAGE, ULU TIRAM..

Tarikh :
1, 2 dan 3 April 2011

Sasaran
Murid2 Tahun 6 di sekolah ini..

Aktiviti
Flying Fox...
..

Permulaan yang kemas...memastikan tali yang dipakai diikat dengan kukuh  dan kuat..

Cikgu  membantu pelajar ini untuk  memulakan pendaratan...

Murid  Tahun 6 ini sedang menjalankan aktiviti tersebut dengan  melintasi kolam...
Air kolam tersebut  mempunyai ketinggian air  kira-kiranya 1  meter..

mendarat dengan cermat
 
peserta murid perempuan yang pertama menjalani aktiviti flying fox..
memastikan tali yang digunakan diikat dengan kemas dan selesa..

cikgu  mula  melepaskan pelajar ini....

kemudian pelajar tahun 6 ini  mengelunsur mengikut tali yang merentasi kolam
gayat...

berada di tengah2 kolam..

Sabar dan bertawakal..
lebih yakin ketika sampai ke hujung.