Friday, April 8, 2011

Malam Penghayatan...

MALAM PENGHAYATAN  adalah salah satu slot yang diadakan pd malam kedua KEM Jati Diri iaitu pada Sabtu 2 April 11.00 pm di Tiram Indah Village...

Malam Penghayatan oleh En Abd Rahman b.Ali Abu Bakar
Cikgu SKTMR2

Murid-murid berkumpul di dewan...lampu dimatikan dan mereka disajikan dengan lagu tema ibubapa serta berpeluang mendengar dan menghayati sedikit cerita mengisahkan  suka duka ibu bapa membesarkan anaknya...

Seperti yang kita sedia maklum bahawa betapa banyaknya kesukaran yg telah dilalui oleh  ibubapa  untuk membesarkan anak . Cabaran , kesakitan, kepayahan dan kesusahan ....


Boleh digenaralisasikan bahawa perasaan dan pengalaman ibubapa membesarkan anak-anak adalah hampir  sama. Oleh itu,  penyampai ingin berkongsi dengan anak-anak ,   mengajak mereka  berfikir serta ingin menerapkan nilai-nilai murni  dengan merenung, mengingat serta mengenang kembali akan  pengorbanan ibubapa yang terlalu banyak dicurahkan ......

Melalui cerita yang disampaikan, anak-anak boleh memikirkan akan contoh pengorbanan yang tercurah. Menyediakan makanan, tempat tinggal, pelajaran dan tempat perlindungan. Ibu bapa tidak pernah  meminta balasan.... 

Oleh itu sebagai anak adalah penting  mengamalkan sikap menghormati org tua. Sudah tentu kegembiraan akan  terbayang pada wajah  mereka  apabila  anak-anak belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam kehidupan.......


Yang tersirat dan tersurat. Itulah sebenarnya yang ingin diterapkan dlm malam penghayatan itu....

No comments:

Post a Comment

Post a Comment