Thursday, October 15, 2009

Aktiviti kaunseling : Program Selepas UPSR


Pada hari rabu 14 okt, waktu pagi selepas perhimpunan diadakan program bersama tahun 6 (5mt6) di dataran perhimpunan. Ceramah disampaikan oleh Pn Salbiah Lauto, Guru bimbingan dan Kaunseling, SKTMR2.

Murid-murid tahun 6 telah bersedia di tapak perhimpunan sebelum program dijalankan

Mulanya, Pn Salbiah membentangkan laporan pemerhatian sepanjang minggu itu. mengingatkan dan menasihatkan murid-murid tentang tingkahlaku2 yg tak berapa sedap dilihat oleh pelajar tahun 6 sepanjang minggu selepas UPSR.



Kemudian membincangkan kepada murid tentang aktiviti-aktiviti masa lapang yg membantu murid untuk mengisi masa.Pesanan kepada murid supaya tidak melakukan perkara2 yg boleh merbahayakan diri .


pelajar-pelajar lain turut berada di tapak perhimpunan

Alhamdulilah..tahniah kepada semua guru2 thn 6, guru disiplin, guru bimbingan dn kaunseling, Hem dan pihak pentdbir kerana sepanjang masa ini, selepas habis UPSR..murid2 tahun 6 menunjukkan disiplin yg baik dan terkawal. tidak ada salahlaku disiplin yg serius.

Setelah selesai ceramah , aktiviti seterusnya Program Selepas UPSR, taklimat persediaan program esok iaitu program menyediakan makanan . Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulannya dan mereka membincangkan tentang program hari khamis menyediakan makanan : sandwich.





.

No comments:

Post a Comment