Sunday, June 30, 2013

Kolej Vokasional...

Assalamualaikum.
Anak-anak...
Bagi  yang suka kerja-kerja kemahiran, anak-anak boleh menyambung pelajaran di Kolej  Vokasional di seluruh negara untuk mendapatkan kemahiran tertentu ..

Sama seperti institusi lain, di sini pun anak-anak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran  apabila memperoleh  Sijil Kemahiran Malaysia kelak yg setaraf dengan SPM...

Memilih bidang yang diminati adalah keutamaan anak-anak dan apabila keluar, kemahiran yang diperoleh boleh  melatih diri menjadi usahawan atau bekerja  dengan syarikat-syarikat tertentu dengan gaji yang lumayan setaraf dengan ahli profesional yang lain...

Sekarang, terlalu banyak kolej Vokasional di bawah kementerian Pendidikan Malaysia di seluruh Malaysia. Rebutlah peluang ini. Cuba google untuk mendapatkan maklumat-maklumat lebih lanjut . Anak-anak juga dinasihatkan untuk mendapat pandangan daripada ibubapa.

Antara bidang-bidang kursus yang ditawarkan...
1. Teknologi Automatif
2. Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman Udara
3. Pemesinan Industri
4. Teknologi kimpalan
5. Teknologi binaan
6. Teknologi Elektrik
7. Teknologi Elektronik
8. Fesyen dan Pembuat Pakaian
9. Seni kulinari
10. Kosmetologi
11. Hortikultur Hiasan
12. Landskap
13. Mekanisasi Agro
14. Agroindustri Tanaman
15. Agroindustri Ruminan
16. Agroindustri Ternakan Poltri.

Pilih bidang yang diminati...

Tak kenal maka tak cinta. Oleh itu,  anak-anak cuba google untuk capaian informasi mengenai kursus-kursus yang ditawarkan.

Dalam rangka lawatan ibu ke Kolej Vokasional tempoh hari, Ibu berpeluang melihat pelajar-pelajarnya sendiri. Kaedah pengajaran yang disampaikan sangat menarik kerana pelajar-pelajarnya berpeluang mendapatkan ilmu melalui  teori dan praktikal.

Selamat belajar.
Ingatlah, Anak-anak adalah warisan dan harapan negara di masa hadapan..

Monday, June 24, 2013

Rintihan Ibu..

Berikut Rintihan seorang ibu terhadap anaknya yang koma...

Doktor, boleh tak saya pangku dia?
Saya nak dia tidur di ribaan saya.
Saya nak  dia dekat di dada saya, jantung saya.
Saya nak peluk dia kemas kemas sekejap.

Doktor,
Dia anak saya,
dia pernah berkongsi nyawa dengan saya
Saya nak rasakan kehangatan nafas dia. 
Boleh tak saya kongsi sakit dia?


Doktor,
Saya mak dia.
Jantung dia pernah bergetar dalam rahim saya.
Boleh tak saya dakap dia dan merasa kembali getaran itu?

Doktor,
Maafkan saya.
Abaikan soalan2 bodoh saya tu. 
Saya hanya seorang ibu yg terlalu rindu.

Doa dan harapan ibu sentiasa bersatu..

P/S: duhai anak-anak...
awak dpt bayangkan betapa besarnya kasih sayang dan
pengorbanan seorang IBU???

Wednesday, June 19, 2013

Berdoa


"Allah suka akan orang yang bersungguh-sungguh dalam berdoa."


Perbanyakkan berdoa,
Allah Maha Mendengar.

Friday, June 7, 2013

Beautiful Things...