Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadan

Salam. Unit B & K dengan ini ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh ahli keluarga SKTMR2, para ibu bapa SKTMR2 dan rakan2 lain yang dikenali. Moga kehadiran bulan yang mulia ini dapat kita hayati  sepenuhnya.
RAMADHAN yang ditunggu-tunggu  membawa sinar  penerang hati. Seluruh umat Islam sejati  tentunya sudah  ternanti-nanti dan  rindukan amalan yang lazimnya dilakukan di bulan puasa  seperti bersahur, buka puasa, malah ada yang teringat akan malamnya yang kudus itu. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183)

Sesungguhnya pada puasa itu mempunyai hikmah yang nyata, faedah-faedah yang besar, sunnah dan adab-adab yang banyak. Bertuahlah sekelian muslim jika mereka diberi nikmat memperolehi faedah dan fadilat puasa yang  telah dinyatakan di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah.

Tarawih dan solat malam sudah tentu akan dilaksanakan dan mungkin diselangi tadarrus kerana  ingin menjadi hamba-Nya yang ikhlas dan tulus. 

Permulaan itu rahmat, pertengahannya pengampunan dan penghujungnya terlepas dari api neraka. Inilah yang ingin dikejar sesiapa saja yang inginkan penghabisan usia yang baik. Yang bersalah memohon maaf, yang sombong menghulur senyum, yang jahat mula bertaubat, yang malas menyinsing lengan, yang takbur kembali sujud memohon keampunan, memohon pelepasan dari dosa yang terhimpun sekian lama.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan ia banyak menyebut Allah. (al-Ahzab: 21).

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.

' SALAM RAMADAN Al-Mubarak'. Sekian.