Saturday, February 27, 2010

Kaunseling dan Pendidikan

Ketika sedang menikmati sarapan pada suatu pagi ..tetiba seorang rakan sempat bersuara, isu cepumas saya kira....

'Eh, Suami saya,  tak percaya pd kaunseling ni, lebih berkesan dengan pukulogi' kata kawan saya itu juga merupakan seorang guru Sains  sambil menghirup segelas fresh orange di hadapan meja..

'Em, lepas pukulogi kita kaunselinglah anak pulak .Kedua2nya perlu'.kata kawan saya yang lain,  iaitu seorang  guru Agama.

kata-kata di atas merupakan persepsi individu terhadap kaunseling dalam pendidikan anak..

Sebenarnya Kaunseling merupakan alternatif kepada pelbagai-bagai pendekatan yang boleh digunakan untuk mendidik. Memang kita diberi pelbagai pilihan. Pilihan mana yang dirasakan sesuai yang boleh diterapkan kepada anak2 kita. Kesemuanya  mempunyai matlamat yang sama iaitu bertujuan mendidik anak....

Apa itu kaunseling....
Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya.


Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan masalah pada dirinya.

Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.

Ketiga-tiga definasi yang di pilih ini memberikan penekanan kepada proses untuk menolong, menyedarkan individu tentang dirinya dan suatu proses pembelajaran individu untuk mencapai tingkat kesejahteraan dalam kehidupan yang dilalui.

Sebenarnya ibubapa boleh mempelajari asas2 kaunseling cukup untuk mengaplikasikan pengetahuan tersebut untuk  anak. Apabila tidak berkesempatan untuk melakukannya barulah kita bertemu dengan orang yang mahir dalam bidang itu supaya anak kita dapat pendedahan, pengalaman dan pengetahuan untuk membina jati diri.....


Saya juga menyerahkan anak saya pada guru kaunseling pada tahun2 peperiksaan kerana saya percaya bahawa ada sesuatu yang boleh dikongsikan bersama  dengan guru kaunseling serta boleh memanfaatkannya untuk  membantu dalam proses pembelajaran. walaupun anak2 saya bukanlah pelajar yang bermasalah!!!

Adakah anak-anak yang bermasalah sahaja yang perlu diberi kesempatan berkaunseling?

Jawapannya tentulah tidak kerana kaunseling itu ada banyak cabang di sekolah. Antaranya pembangunan diri, bidang psikososial dan kesejahteraan mental, bidang kerjaya, akademik dan lain2..

 Tak berubah?
Kaunseling hanya membantu memberikan pertolongan.Yang berubah itu terpulang kepada individu itu sendiri samaada mahu berubah atau tidak. Ada banyak lagi program2 kaunseling dan kerohanian yang dapat membantu. bersifat subjektif. Sebenarnya kaunseling itu lebih ke arah EQ dan SQ...asalkan jangan berputus asa...

 Saya mengambil contoh, Apakah reaksi ibu bapa sekiranya ada antara anak2 kita dipukul atau dimarahi oleh guru di sekolah. Sebagai ibubapa wajarkah kita menambah beban emosi anak itu dengan merotan atau memarahi anak itu sekali lagi apabila anak itu pulang ke rumah atau wajarkah pula kita melatah dan menyerang guru...jawapannya tentu sekali-kali tidak.

Pendekatan yang berkesan adalah rasionalkan anak kita mengapa dia dipukul..beritahu kepada anak2 bahawa pukul itu maknanya guru sayang pelajar, guru memberi perhatian kepada pelajar, pukulan itu maknanya anak telah membuat kesilapan dan kesilapan tersebut jangan diulang..pukulan itu bermakna anak kita telah berjaya melalui satu cabaran dan di masa akan datang ada banyak cabaran2 yang akan menanti yang perlu dilalui oleh si anak supaya anak melalui proses kematangan..guna pendekatan asas2 kaunseling dan psikologi untuk membantu menyuburkan EQ  agar emosi anak itu tidak terbeban dan anak itu merasa dibantu. Secara tidak langsung kita telah menyuburkan EQ anak itu ..

 Seperti pukulogi (pukul) juga, hari ini kita merotan anak kita dengan penuh emosi...bolehkah anak itu berubah dengan sekelip mata? esok kalau tidak serik dia akan membuat perkara yang sama . Lusa kalau dia lupa, dia akan mengulangi perbuatan negatif itu.....Adakah anda sanggup merotan anak itu berkali2 kerana membuat silap jika kesan pukulan itu kurang memberi impak terhadap dirinya. Oleh itu bolehkah anda memikirkan alternatif lain untuk mendidik atau mahu membiarkan sahaja...

 Menurut seorang sarjana yang telah membuat kajian..kaunseling dalam pendekatan agama amat sesuai dan relevan untuk tujuan mendidik  dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Contohnya terapkan amalan2 berdoa, belajar menghayati dan menyayangi Allah maha pencipta. Oleh itu Kauseling dalam pendekatan Islam bertujuan untuk mengukuhkan keimanan dan ketaqwaan.


 Pelbagai program2 kaunseling itu diharapkan dapat membina sahsiah anak serta  menyuburkan keupayaan  Emotional intelligence (EQ) dan kecerdasan spriritual/kerohanian (SQ) kerana EQ dan SQ merupakan elemen2 yang sangat penting dalam membina jati diri.. ..

 Tidak dapat dinafikan kita mementingkan  Intelligence Quotient (IQ ) dalam pembelajaran akademik. Sebab itulah ibubapa moden tidak lokek membelanjakan wang untuk menghantar anak2 ke pusat2 tuisyen berbayar agar anak2 mendapat keputusan yang baik. Namun  kita sering mengabaikan EQ(kecerdasan emosi) dan SQ(kecerdasan  spriritual/kerohanian) Walaupun elemen ini  sama penting.

 Emotional Intelleigence Quotient (EQ) dan (SQ) kecerdasan spriritual/rohani  merupakan elemen2 yang selari dengan IQ dan saling bantu membantu sebagai pelengkap untuk pembangunan diri  anak.

 Kita sering mendengar dan membaca ramai pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR,PMR,SPM DAN STPM dalam media massa, secara umumnya  tahap IQ individu di negara ini semakin meningkat, bermaksud semakin ramai orang yang pandai , cerdik dan bijak dalam bidang persekolahan dan akademik.

 Melalui media massa, kita akan melihat dan terbaca statistik yang menunjukkan bilangan pelajar cemerlang bertambah namun pada masa yang sama media massa juga turut melaporkan  banyaknya serbuan dan tangkapan yang dilakukan oleh pihak berkuasa berhubung kes-kes salah laku pelajar dan golongan belia.

 Maknanya sebahagian daripada anggota masyarakat juga terdiri daripada belia dan pelajar kita secara amnya memiliki tahap IQ yang tinggi dan berjaya dalam bidang pengajian dan akademik namun tahap EQ dan SQ mereka tidak meningkat seiring dengan IQ, menyebabkan mereka gagal untuk menjadi insan ‘Kamil’ dalam erti kata yang sebenarnya.


EQ – adalah ukuran kecerdasan emosional  atau kemampuan minda untuk menggunakan kedua dua emosi dalam hidup. Kompetensi kecerdasan emosi termasuk  empati, intuisi,  fleksibiliti, ketahanan, mengatasi, stres pengurusan, kepimpinan, integriti, keaslian, intrapersonal dan interpersonal.

IQ –  ialah ukuran keupayaan kognitif, seperti kemampuan belajar atau memahami atau menghadapi situasi-situasi baru; yang mahir menggunakan akal sihat; kemampuan untuk menerapkan pengetahuan untuk memanipulasi persekitaran seseorang atau untuk berfikir secara abstrak yang diukur dengan kriteria objektif (sebagai ujian ); ketajaman mental, logik dan kemahiran analisa.

 Kita  boleh  mengembangkan EQ dan SQ selari dengan IQ .

Anak2 perlu diberi peluang dan  pendedahan untuk menjalani  program2 kerohanian bagi menyuburkan jiwa dan sahsiah untuk membangunkan EQ dan SQ mereka. Namun kita sering terlupa atau mengabaikan keperluan itu dalam kehidupan anak2 kita........

Monday, February 1, 2010

Program Mentor Mentee

Program: Program Mentor Mentee
dengan penyerahan anak angkat
Tarikh: 1 February  2010, Isnin
Tempat:Dataran Perhimpunan..

sebahagian daripada rakaman yang sempat dikongsikan bersama..

 
Cikgu Norfaezah sedang menemubual menteenya..

Cik Asilawati sedang bersalaman dengan adik angkatnya..

 
sebahagian pengawas2 tahun 6 yang sedang bertugas
 
cikgu- cikgu SKTMR2 sedang membaca ikrar..Cikgu Zaki sempat  tersenyum

 
Cikgu Zul bergambar dengan menteenya

 
Puteri-puteri cikgu Rahman yang comel2 belaka..

 
Sebahagian murid tahun 6, Raif sedang memandang jurufoto..

 
Cikgu Rosman...bukan senang nak dapat hadiah daripada Cikgu Rosman..setahun sekali jee..
Terima Kasih cikgu..

 
Adik angkat Cikgu Sumati...dapat coklat mahal...nak sikit..

 
Cikgu Syarifah..dapat hadiah dalam beg..

Anak2 angkat tahun 6..terimalah mereka seadanya...bantu dan bimbinglah mereka...
kalau tak kita, siapalah mereka...kalau tak mereka, siapalah kita...